Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab, Rancangan Transformasi Persatuan Perdagangan dilancarkan, pupuk budaya sokong

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) dan pemaju JTC melancarkan sebuah Hab Persatuan Perdagangan di Jurong hari ini (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Hab, Rancangan Transformasi Persatuan Perdagangan dilancarkan, pupuk budaya sokong

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berucap di pembukaan Kongress Persatuan Perdagangan yang ke-5. (Gambar: Dewi Fabbri)

Diterbitkan : 22 Nov 2017 08:23PM Dikemas Kini : 22 Nov 2017 08:35PM

SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) dan pemaju JTC melancarkan sebuah Hab Persatuan Perdagangan di Jurong hari ini (22 Nov).

Berucap di majlis pelancaran itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata hab itu bertujuan menjadi ruang di mana persatuan dan dewan perdagangan bekerjasama di bawah satu bumbung.

"Hab Persatuan Perdagangan (TA) menawarkan aktiviti dan khidmat kepada semua TAC (persatuan dan dewan perdagangan) di Singapura pada kadar berpatutan. Di sini, TAC mengadakan aktiviti seperti pameran perdagangan, pameran bergerak dan program peningkatan kemahiran. Namun Hab TA bukan sekadar ruang fizikal. Ia juga akan membantu lebih kukuh, dan memupuk budaya sokongan dan kerjasama," kata PM Lee.

Turut diumumkan di majlis itu adalah Rancangan Transformasi Persatuan Perdagangan.

Rancangan itu antara lain mengenal pasti dan menangani cabaran yang dihadapi oleh persatuan dan dewan perdagangan.

Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan, Sim Ann,
berkata rancangan transformasi itu adalah satu cara di mana persatuan dan dewan perdagangan lebih kecil boleh memanfaatkan pengalaman dan kepakaran yang lebih besar, supaya mereka boleh berkhidmat lebih baik kepada anggota dan industri masing-masing.

30 persatuan dan dewan perdagangan memberikan sokongan mereka kepada rancangan transformasi itu.  

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan