Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab perkhidmatan sosial dilancarkan di Marsiling bagi keluarga di flat sewa

Sebuah hab perkhidmatan sosial dilancarkan di Marsiling hari ini (18 Jan), demi menyediakan sokongan dan perkhidmatan khusus yang lebih baik kepada keluarga-keluarga yang tinggal di flat sewa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2020 09:48PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 09:52PM

SINGAPURA: Sebuah hab perkhidmatan sosial dilancarkan di Marsiling hari ini (18 Jan), demi menyediakan sokongan dan perkhidmatan khusus yang lebih baik kepada keluarga-keluarga yang tinggal di flat sewa.

Hab itu menyediakan ruang khas bagi rakan-rakan masyarakat menjalankan pelbagai kegiatan di bawah Program Hubungan Masyarakat (ComLink) Marsiling.

Antaranya, program bengkel ibu bapa mengenai cara mengasuh anak serta kelas membaca dan mengira untuk kanak-kanak.

Rakan-rakan masyarakat program itu datang dari pelbagai agensi pemerintah dan masyarakat termasuk dari pihak peniaga, sekolah serta pertubuhan amal.

Semasa melancarkan program ruang khas itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee mengatakan bahawa sokongan secara bersepadu itu amat penting bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah dan lemah.

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan