Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands dibuka 13 Jun

Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands akan dibuka pada 13 Jun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands dibuka 13 Jun

Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 17 May 2021 06:15PM Dikemas Kini : 17 May 2021 06:19PM

SINGAPURA: Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands akan dibuka pada 13 Jun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (17 Mei).

Hab pengangkutan tersebut, yang akan dikendalikan oleh SMRT Buses, terletak berhampiran dengan stesen MRT Woodlands di Laluan Utara Selatan (NSL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL), serta pusat pertukaran bas sementara Woodlands.

Ia adalah Hab Pengangkutan Bersepadu ke-11 Singapura, dan terbesar sejak yang pertama dibina di Toa Payoh pada 2002, kata LTA.

Hab pengangkutan itu dilengkapi kemudahan berciri inklusif, seperti tempat naik turun bas bebas hadangan, serta bendul jalan yang landai supaya penumpang berkerusi roda dan ibu bapa yang membawa kereta sorong boleh naik atau turun dengan lebih mudah, tambah pihak berkuasa.

Terdapat juga tandas bebas hadangan, zon beratur keutamaan dengan tempat duduk, dan ruang jagaan untuk memenuhi keperluan golongan kurang daya bergerak, warga emas dan keluarga dengan anak kecil.

Sebuah bilik penjagaan penumpang juga disediakan bagi yang berkeperluan khas dan memerlukan tempat yang sunyi dan menenangkan, kata LTA.

Hab pengangkutan itu juga dilengkapi dengan kemudahan yang dipertingkat bagi kakitangan pengangkutan termasuk kapten bas. Kemudahan ini termasuk kantin yang berhawa dingin, tandas khusus bagi kakitangan, bilik pekerja pembersihan dan ruang rehat kakitangan.

LTA menambah bahawa pusat pertukaran bas juga dilengkapi dengan sistem amaran undur untuk meningkatkan keselamatan dengan memberi amaran kepada kapten bas melalui lampu berkelip ketika bas lain berundur di kawasan meletak kenderaan.

LALUAN BAS DIUBAH

Mulai 13 Jun, 25 daripada 29 perkhidmatan bas yang kini beroperasi dari pusat pertukaran bas sementara Woodlands akan berpindah ke hab pengangkutan baru, kata LTA.

Empat perkhidmatan selebihnya - 925/925M, 950, 961/961M dan 965 - akan terus beroperasi dari pusat pertukaran bas sementara, yang terletak di sebelah hab pengangkutan baru.

Tidak ada perubahan pada tempat perhentian sebarang perkhidmatan bas tersebut.

Maklumat mengenai penyesuaian khidmat bas akan disediakan di semua perhentian bas yang berkaitan, pusat pertukaran bas, di dalam bas, dan juga di laman LTA dan SMRT.

Penumpang juga boleh mendekati kakitangan SMRT untuk mendapatkan bantuan, kata LTA.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan