Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru tuisyen dipenjara bantu pelajar China tipu dalam peperiksaan GCE O 2016

 Seorang guru tuisyen yang terlibat dalam satu skim oleh para kakitangan pusat tuisyen yang membantu enam pelajar menipu dalam peperiksaan GCE O, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun pada Isnin (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Guru tuisyen dipenjara bantu pelajar China tipu dalam peperiksaan GCE O 2016

(Gambar: Faris Mokhtar/TODAY)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 03:10PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 03:12PM

SINGAPURA: Seorang guru tuisyen yang terlibat dalam satu skim oleh para kakitangan pusat tuisyen yang membantu enam pelajar menipu dalam peperiksaan GCE O, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun pada Isnin (1 Apr).

Rakyat Singapura Tan Jia Yan, 33 tahun, mengaku bersalah di atas 27 tuduhan menipu dan merupakan orang pertama mengaku bersalah dalam kes itu, yang melibatkan tiga orang lain dari Zeus Education Centre, termasuk pengetua pusat tersebut.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Tan dan tiga orang lagi dari Zeus membantu enam pelajar warga China menipu dalam pelbagai kertas peperiksaan GCE O 2016.

Tiga rakan subahat Tan ialah: Pengetua Pony Poh Yuan Nie, seorang rakyat Singapura berusia 52 tahun yang mengendalikan pusat pendidikan di Tampines, Fiona Poh Min, seorang guru tuisyen rakyat Singapura di Zeus dan anak saudara Poh; dan Feng Riwen, seorang warga China berusia 25 tahun, yang membantu di Zeus dan kadang kala mengendalikan kelas-kelas di sana.

Mereka merancang skim yang membantu enam pelajar - berusia antara 17 hingga 20 tahun - dengan memasang alat-alat di badan mereka termasuk alat bluetooth yang boleh dipakai yang terhubung dengan telefon bimbit yang disembunyikan di bawah baju para pelajar, dan fon telinga berwarna kulit yang memberitahu mereka jawapan bagi ujian-ujian itu.

Tan menghadiri peperiksaan sebagai seorang calon privet dengan sebuah kamera telefon bimbit dipasang di bahagian dadanya menggunakan pelekat, dengan lapisan pakaian tambahan untuk menyembunyikan telefon bimbit itu.

Dia menggunakan aplikasi Facetime untuk menghantar gambar kertas peperiksaan kepada tiga rakan subahatnya yang berada di pusat tuisyen itu.

Ketiga-tiga mereka membahagikan tugasan-tugasan itu, dengan sebahagiannya membantu menjawab kertas-kertas itu dan yang lain menelefon para pelajar itu secara individu untuk memberitahu mereka jawapan-jawapan tersebut.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan