Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru prasekolah boleh selesaikan program ijazah dalam masa lebih singkat

Mulai Januari depan, guru-guru daripada salah satu pengendali pusat prasekolah terbesar Singapura boleh menyelesaikan pengajian mereka di peringkat ijazah sehingga enam bulan lebih cepat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2018 09:00PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 09:14PM

SINGAPURA: Mulai Januari depan, guru-guru daripada salah satu pengendali pusat prasekolah terbesar Singapura boleh menyelesaikan pengajian mereka di peringkat ijazah sehingga enam bulan lebih cepat.

Kemungkinan itu hasil perkongsian yang pertama seumpamanya antara NTUC First Campus dengan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).

Pengendali pusat prasekolah itu juga akan memperuntukkan $1 juta setiap tahun sepanjang lima tahun akan datang untuk memberi pelbagai anugerah pembelajaran dan biasiswa.

Sesi-sesi perkongsian di pesta pembelajaran bagi guru-guru prasekolah itu memberi gambaran tentang program ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak di SUSS.

Program ijazah itu menawarkan lebih banyak peluang untuk membuat kajian dan perbincangan.

Guru-guru prasekolah yang dicalonkan oleh NTUC First Campus untuk mengikuti program ijazah itu boleh menerima sehingga 20 unit kredit. Ini bermakna mereka boleh dikecualikan daripada mengikuti sehingga empat kursus atau satu semester penuh.

Kerjasama antara NTUC First Campus dengan SUSS itu bertujuan memupuk kemahiran kepimpinan para guru pusat prasekolah berkenaan.

SUSS berharap dapat menjalinkan kerjasama serupa dengan pengendali-pengendali pusat prasekolah utama yang lain pada masa depan. 

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan