Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru Hwa Chong Institution hadapi dakwaan dadah termasuk methamphetamine

Seorang guru Hwa Chong Institution berdepan dengan dakwaan-dakwaan berkaitan dadah termasuk mengambil dadah methamphetamine serta cuba untuk memperolehi dadah tersebut dan memiliki peralatan mengambil dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru Hwa Chong Institution hadapi dakwaan dadah termasuk methamphetamine

(Gambar fail: Xabryna Kek).

Diterbitkan : 04 Jan 2019 04:08PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 04:09PM

SINGAPURA: Seorang guru Hwa Chong Institution berdepan dengan dakwaan-dakwaan berkaitan dadah termasuk mengambil dadah methamphetamine serta cuba untuk memperolehi dadah tersebut dan memiliki peralatan mengambil dadah.

Warga Britain, Christopher David Burge, 65 tahun, didakwa pada September tahun lalu dan dihadapkan semula ke mahkamah hari ini (4 Jan), di mana peguam belanya berkata, satu laporan psikiatrik akan mengambil masa empat minggu lagi untuk dikeluarkan.

Burge, seorang pensyarah Kemanusiaan di sekolah berkenaan, didakwa mengambil dadah methamphetamine sebelum lewat September lalu.

Dia juga didakwa cuba memperolehi lima bungkusan bahan berbentuk kristal yang didapati mengandungi 3.6 gram methamphetamine.

Burge didakwa memiliki peralatan mengambil dadah, termasuk tiga pipa kaca dan sebuah alat kaca yang dipasang dengan straw dan pipa kaca.

Dia juga dituduh memiliki satu bungkusan bahan sayuran yang mengandungi kanabis sintetik.

Burge dibenarkan ikat jamin S$10,000 dan akan dihadapkan ke mahkamah lagi bulan depan.

Jika didapati bersalah mengambil dadah methamphetamine, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun, didenda S$20,000, atau kedua-duanya sekali.

Mediacorp telah menghubungi Hwa Chong Institution untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan