Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru dipenjara kerana cabul murid

Seorang guru berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam bulan pada Isnin (22 Apr) kerana melakukan tindakan berunsur seksual ke atas tiga pelajar di rumahnya dan mencabul kehormatan seorang lagi murid di sekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru dipenjara kerana cabul murid

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 07:56PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 07:58PM

SINGAPURA: Seorang guru berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam bulan pada Isnin (22 Apr) kerana melakukan tindakan berunsur seksual ke atas tiga pelajar di rumahnya dan mencabul kehormatan seorang lagi murid di sekolah.

Pada masa itu, guru berkenaan bertugas di sebuah sekolah terletak di bahagian utara Singapura.

Namanya tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti empat murid lelaki itu, berusia antara 13 hingga 15 tahun pada masa kejadian.

Lelaki itu, yang sudah berumah tangga, melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2016 hingga 2017.

Perbuatannya terbongkar apabila seorang mangsa membuat laporan polis.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Amanda Han, laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) menyatakan guru tersebut seorang pedofil yang didiagnos atas pilihan seksual berulangnya terhadap kanak-kanak pada awal akil baligh.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan