Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru dijel 16 bulan; jalin hubungan tidak wajar dengan pelajar 15 tahun

Seorang guru fizik yang menjalin hubungan tidak wajar dengan pelajarnya, yang ketika itu berusia 15 tahun, dikenakan hukuman penjara 16 bulan pada Jumaat (13 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Guru dijel 16 bulan; jalin hubungan tidak wajar dengan pelajar 15 tahun
Diterbitkan : 13 Jul 2018 10:09PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 10:11PM

SINGAPURA: Seorang guru fizik yang menjalin hubungan tidak wajar dengan pelajarnya, yang ketika itu berusia 15 tahun, dikenakan hukuman penjara 16 bulan pada Jumaat (13 Jul).

Guru berusia 34 tahun, yang tidak boleh didedahkan namanya atas arahan mahkamah, adalah guru fizik remaja perempuan itu semasa dia di Menengah 1 dan 2.

Nama remaja perempuan itu dan sekolahnya juga tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah.

Menurut dokumen mahkamah, remaja itu tergila-gilakan guru berkenaan dan tekun belajar untuk subjek yang diajar oleh guru tersebut.

Remaja itu turut memberitahu guru berkenaan bahawa dia mahu menjadi seorang guru fizik dan meminta nasihat daripadanya.

Pada 2015, remaja itu menghubungi gurunya melalui nombor telefonnya, yang diberikan kepada semua pelajar supaya mereka dapat mengaturkan sesi perbincangan fizik dengannya.

Guru dan remaja perempuan itu mula saling menghantar mesej melalui WhatsApp dan kemudian membuat panggilan video melalui Skype. Sebelum peperiksaan akhir penggal pada 2015, perbualan mereka semakin mesra dan berunsur seks.

Pada Jumaat (13 Jul), Hakim Daerah Chay Yuen Fatt menjatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan ke atas guru tersebut atas kesalahan melakukan atau cuba melakukan perkara tidak senonoh dengan kanak-kanak atau seorang gadis.

Tiga lagi tuduhan turut dipertimbangkan. Sebagai pesalah kali pertama, dia boleh dihukum penjara selama lima tahun dan didenda sehingga S$10,000.

Pesalah berulang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tahun dan denda maksimum S$20,000. 

Sumber : CNA/KN/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan