Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guru bahasa Melayu, Cina, Tamil saling tukar pandangan cari cara inovatif pupuk cinta bahasa

Buat julung-julung kalinya, para guru ketiga-tiga bahasa ibunda berhimpun untuk saling mempelajari amalan terbaik terutama dalam mengajar secara inovatif bahasa ibunda.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru bahasa Melayu, Cina, Tamil saling tukar pandangan cari cara inovatif pupuk cinta bahasa

Sekitar 500 guru berhimpun di simposium di NIE pada 8 Mac 2018. (Gambar: Roslinda Rahmat/BERITAMediacorp)

BERITAMediacorp: Buat julung-julung kalinya, para guru ketiga-tiga bahasa ibunda berhimpun untuk saling mempelajari amalan terbaik terutama dalam mengajar secara inovatif bahasa ibunda.

Bertempat di Institut Pendidikan Nasional (NIE), hampir 500 guru berpeluang bertukar-tukar pandangan dan meraih idea-idea berharga untuk diterapkan dalam pengajaran bahasa ibunda kepada pelajar masing-masing.

Antara kandungan Simposium hari ini (8 Mac), yang merangsang pemikiran, adalah sesi perkongsian daripada wakil-wakil pengajaran bahasa Mandarin, Tamil dan Melayu.

Dalam kalangan mereka termasuk Profesor Madya Mohd Mukhlis Abu Bakar, yang membuat kajian dalam pembelajaran dwi-bahasa dan tri-bahasa, berkongsi keprihatinannya apabila golongan muda tidak melihat pentingnya pembelajaran bahasa ibunda mahupun pentingnya ia membentuk kita sebagai individu.

Seorang lagi penceramah ialah Encik Yatiman Yusof yang berkongsi pengalaman peribadinya belajar bahasa ibunda sewaktu di sekolah sambil mengimbas 62 tahun sistem dwi-bahasa di Singapura.

Panel yang dipengerusikan oleh Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa-Bahasa Asia dan Budaya NIE, Profesor Madya Hadijah Rahmat, juga memaparkan dua penceramah bahasa Mandarin dan dua penceramah bahasa Tamil.

Tetamu Kehormat Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam ucapannya menekankan betapa kritikal penganjuran simposium sulung tersebut, terutama untuk belajar daripada satu sama lain dan perkongsian profesional antara pendidik ketiga-tiga bahasa ibunda.

Sekitar 50 kertas kajian disampaikan para akademik, guru dan pelajar pos-siswazah. Ia termasuk pedadogi baru, kajian inovatif ke atas strategi-strategi ‘ganguan’ selain menyingkap beberapa pendekatan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ibunda. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan