Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gunung Agung meletus: Rakyat Singapura digesa tangguh rancangan melancong ke Bali - MFA

Mereka yang terkandas di Bali akan terus menerima bantuan konsular dan perlu mendaftar dengan MFA online.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Agung meletus: Rakyat Singapura digesa tangguh rancangan melancong ke Bali - MFA

Para pegawai MFA dikerahkan ke lapangan terbang Bali. (Gambar: Facebook/Kedutaan Singapura di Jakarta)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 04:45PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 04:49PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura digesa menangguhkan rancangan mereka untuk melancong ke Bali setelah pihak berkuasa Indonesia menaikkan tahap amaran bagi Gunung Agung ke peringkat paling tinggi dan lapangan terbang Bali juga terus ditutup sehari lagi.

Demikian menurut nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (28 Nov).

Pihak berkuasa Indonesia juga meluaskan zon amaran tersebut kepada 10 kilometer di sekeliling kawah Gunung Agung sejak kali pertama ia meletus pada 21 November, tambah MFA.

MFA turut menasihati rakyat Singapura yang sekarang berada di Bali supaya mendapatkan maklumat mengenai penerbangan yang terjejas daripada ejen-ejen pelancongan mereka dan menunggu sehingga lapangan terbang dibuka semula sebelum menyambung perjalanan dari Bali.

"Anda juga dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri sendiri, memantau berita tempatan dan mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa tempatan. Beli insurans perjalanan dan perubatan yang menyeluruh dan fahami syarat-syarat dan perlindungan yang ditawarkan," menurut MFA.

Mereka yang terkandas di Bali akan terus menerima bantuan konsular dan perlu mendaftar dengan MFA online.

Mereka juga digalak supaya terus berhubungan dengan rakan-rakan dan keluarga di Singapura.

Para pegawai MFA juga sudah dikerahkan ke lapangan terbang Bali untuk memberikan bantuan.

Gunung Agung mula memuntahkan abu yang banyak pada Ahad (26 Nov) dan meletus kali kedua pada Sabtu (25 Nov).

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta menerusi talian hotline (+62 (21) 2995 0400 atau +62 811 863 348) atau pejabat petugas MFA (6379 8800 or 6379 8855).  

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan