Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gunung Agung meletus: Para penumpang Scoot diberi pilihan perjalanan 18 jam untuk ke S'pura

Bagi sebilangan penumpang yang terkandas di pulau peranginan Indonesia itu, perjalanan pulang boleh mengambil mana 18 jam menaiki bas, bot dan pesawat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Agung meletus: Para penumpang Scoot diberi pilihan perjalanan 18 jam untuk ke S'pura

Papan maklumat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar Bali. (Gambar: AFP / JUNI KRISWANTO)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 08:11PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 08:28PM

SINGAPURA: Penerbangan pulang dari Bali ke Singapura biasanya mengambil masa dua jam setengah.

Namun bagi sebilangan penumpang yang terkandas di pulau peranginan Indonesia itu, perjalanan pulang boleh mengambil mana 18 jam menaiki bas, bot dan pesawat.

Ini adalah pilihan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, sedang Lapangan Terbang Denpasar Bali terus ditutup pada hari kedua hari ini (20 Nov), disebabkan abu Gunung Agung.

Laporan penguasa penerbangan tempatan menunjukkan "laluan-laluan penerbangan udara diselaputi abu gunung berapi", menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menerusi catatan di laman Facebook pada pukul 12.30 tengah hari tadi, Scoot menyatakan pihaknya berjaya menyewa bas-bas untuk membawa para penumpang dari Bali ke Surabaya - sekitar 13 jam perjalanan - di mana mereka boleh menaiki pesawat Scoot ke Singapura.

"Bas-bas itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Denpasar Bali pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan pada 28 November dan perjalanan itu akan mengambil masa sekitar 18 jam termasuk merentas laut menaiki feri," menurut syarikat penerbangan tersebut.

Mereka yang mahu memilih cara ini untuk ke Singapura, perlu ke kaunter-kaunter Scoot di Lapangan Terbang Denpasar bagi mendapatkan bantuan, tambahnya.

"Mulai esok (29 Nov), bas-bas akan memulakan perjalanan pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan, kecuali jika dimaklumkan sebaliknya."

Dalam satu lagi catatan yang dimuat naik pada pukul 6.00 petang, Scoot menambah bas-bas juga akan disediakan pada Rabu (29 Nov) dan dijadual memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Denpasar pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan.

Mereka yang mahu menaiki bas esok perlu ke kaunter-kaunter Scoot di Lapangan Terbang Denpasar paling lewat pada pukul 9.00 pagi.

Para penumpang yang sudahpun berada di Surabaya juga boleh ke kaunter-kaunter Scoot di lapangan terbang itu untuk mendapatkan bantuan.

Scoot menambah ia akan berhenti menjual tiket-tiket sama ada untuk ke Bali ataupun pulang dari sana bagi tempoh penerbangan sehingga 4 Disember.

Sementara itu, para penumpang Singapore Airlines boleh menukar penerbangan asal mereka ke Bali untuk ke destinasi-destinasi Asia Tenggara yang lain "dalam kelas kabin yang sama", menurut syarikat penerbangan itu di laman Facebooknya.

Pihak berkuasa Indonesia sedang membantu untuk membawa para pelancong ke Surabaya supaya mereka boleh menaiki pesawat keluar dari negara itu.

Awal hari ini Ketua Agensi Pengangkutan Bali, Agung Sudarsana, berkata pihaknya sedang "menyediakan 10 bas", dengan lebih banyak kenderaan mungkin disediakan lewat hari ini.

Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pula menggesa rakyat Singapura supaya menangguhkan rancangan mereka untuk ke Bali.

Mereka yang terkandas di sana akan diberikan bantuan konsular dan para pegawai MFA sudah dikerahkan ke lapangan terbang Bali untuk membantu mereka yang terjejas.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan