Gunung Agung meletus: Lapangan Terbang Changi dibanjiri penumpang yang terjejas
Lapangan Terbang Changi dibanjiri para penumpang yang terjejas oleh penutupan lanjut lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai di Bali.
SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi dibanjiri para penumpang yang terjejas oleh penutupan lanjut lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai di Bali.
Mereka bukan sahaja pelancong yang terpaksa membatalkan rancangan bercuti ke pulau peranginan itu tetapi juga warga Indonesia yang hendak pulang setelah melancong ke sini.
Dua keluarga dari Bali yang sedang mencari jalan lain untuk pulang menceritakan nasib mereka kepada BERITAMediacorp.
"Saya selaku orang Bali merasa sangat prihatin dengan saudara-mara saya di daerah yang berdekatan Gunung Agung," kata Encik Komang GD Sanjaya yang terkandas di Lapangan Terbang Changi.
"Saya datang ke Lapangan Terbang Changi ini minta koordinasi dengan ejen syarikat penerbangan Garuda di sini yang menyatakan hari ini saya boleh terbang tapi melalui Lapangan Terbang Juanda di Surabaya," tambah beliau.
Seorang lagi penumpang berkata: "Dari Surabaya ke Ketapang lebih kurang sekitar enam sampai tujuh jam. Kita seberang sekitar 30 minit dari Ketapang ke Gilimanuk. Dari Gilimanuk sekitar tiga, empat jam ke Denpasar. Semuanya sekitar 10 hingga 12 jam."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.