Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Guna cap jari akses e-khidmat pemerintah dengan SingPass baru

Rakyat Singapura kini boleh mengakses khidmat pemerintah melalui telefon bimbit mereka dengan hanya menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kod laluan enam angka.

Anggaran Waktu Membaca:
Guna cap jari akses e-khidmat pemerintah dengan SingPass baru

Rakyat Singapura kini boleh mengakses khidmat pemerintah melalui telefon bimbit mereka dengan hanya menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kod laluan enam angka. (Gambar; SingPass Mobile)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 02:03PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 02:07PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura kini boleh mengakses khidmat pemerintah melalui telefon bimbit mereka dengan hanya menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kod laluan enam angka.

Mereka tidak lagi perlu menggunakan kata laluan, dengan aplikasi baru SingPass yang dilancarkan pada Isnin (22 Okt).

"Setiap bulan, kami menerima sekitar 150,000 permohonan daripada para pengguna SingPass untuk membetulkan semula kata laluan mereka," kata Koh Ping Soon, Ketua Eksekutif Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dalam satu kenyataan media.

GovTech bertanggungjawab menghasilkan huraian digital bagi menyokong Singapura sebagai sebuah negara bijak.

"Aplikasi SingPass akan menawarkan pilihan log masuk yang lebih mudah kerana para pengguna kini tidak lagi perlu menggunakan kata laluan," kata Encik Koh.

Aplikasi itu juga membolehkan rakyat Singapura yang menetap dan bekerja di luar negara untuk lebih mudah mengakses khidmat pemerintah tanpa menggunakan token digital, menurut kenyataan tersebut.

Aplikasi SingPass boleh didapatkan melalui Google Play dan Apple App Store mulai hari ini (22 Okt).

Aplikasi itu tidak akan menggantikan cara-cara pengesahan dua faktor (2FA) yang sedia ada bagi para pengguna SingPass. Kata laluan sekali guna dan token OneKey akan terus ditawarkan sebagai pilihan, menurut kenyataan media itu lagi.

Aplikasi berkenaan dilancarkan menyusuli ujian yang melibatkan lebih 7,000 pengguna dalam kalangan pemerintah, serta sesi maklum balas dengan rakyat.

GovTech menyatakan ia menggunakan cara paling canggih yang disediakan dalam pasaran bagi mengetatkan tahap keselamatan siber bagi aplikasi berkenaan, menjadikan piawai keselamatan aplikasi itu serupa dengan aplikasi perbankan mudah alih.

Aplikasi baru itu juga dihasilkan menyusuli rundingan dengan Agensi Keselamatan Siber.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan