Images
  • PAP pasir ris punggol
    Pasukan PAP bagi GRC Pasir Ris-Punggol & SMC Sengkang West tiba di Sekolah Rendah St Anthony’s Canossian di Bedok North,20 Jun 2020. (Gambar: TODAY)

GRC Pasir Ris-Punggol, SMC Pioneer berdepan persaingan 3 penjuru

SINGAPURA: GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Pioneer akan berdepan persaingan tiga penjuru.

Di GRC Pasir Ris-Punggol, pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang dipimpin oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean bakal bersaing dengan pasukan Parti Suara Rakyat (PV) dan Perikatan Demokratik Singapura (SDA).

SDA pernah bertanding di GRC itu dalam tiga Pilihan Raya Umum (GE) sebelum ini manakala ini adalah kali pertama bagi PV.

Semalam (29 Jun), Ketua SDA Desmond Lim memberitahu TODAY bahawa beliau meminta Ketua PV Encik Lim Tean agar menarik diri daripada bertanding di Pasir Ris-Punggol, Namun Encik Lim Tean enggan.

Sementara itu, di SMC Pioneer, seorang calon bebas secara mengejut tiba di pusat penamaan calon Maktab Rendah Jurong Pioneer, untuk memfailkan kertas pencalonan hari ini.

Namun tidak banyak yang diketahui tentang dirinya kecuali nama beliau - Cheang Peng Wah.

Beliau akan berdepan dengan Encik Patrick Tay dari PAP dan anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) Lim Cher Hong.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

- TODAY/NK/nk

Top