Images

Graduan baru perlu kekalkan 'modal insan' di tengah pandemik COVID-19, kata Josephine Teo

SINGAPURA: Mengekalkan "modal insan" penting bagi para graduan baru yang tidak pasti tentang memulakan kerjaya mereka di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Menteri Tenaga Manusia Jospehine Teo berkata demikian pada Isnin (8 Jun) sedang kementerian beliau membangunkan program latihan amali bagi memberi peluang kepada para pencari kerja untuk menimba lebih banyak pengalaman.

Program latihan amali itu menggalak para graduan untuk menimba pengalaman semasa tempoh ini supaya dapat mengelakkan adanya "jurang" dalam resume mereka.

Pada masa yang sama, program tersebut membantu perniagaan memanfaatkan potensi serta bakat graduan muda.

Walaupun pandemik ini menekankan peranan pekerja asing dalam ekonomi, Cik Teo berkata persekitaran kos tidak hanya bergantung kepada tenaga kerja asing sahaja.

"Jika kita semua dapat mencapai jumlah hasil yang sama atau memastikan tugasan yang sama dilakukan oleh kurang pekerja, itulah arah secara keseluruhan yang perlu kita tuju dan terdapat beberapa sebab mengapa kita mahu melakukannya," kata Cik Teo semasa wawancara bersama Mediacorp.

"Jika bagi jumlah nilai yang sama dihasilkan, anda boleh gunakan kurang orang bermakna secara teori bahawa anda boleh menggajikan lebih ramai orang."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/RU/tq

Top