Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grace Fu bertarung dengan calon baru SDP Robin Low di SMC Yuhua

Calon Parti Demokratik Singapura (SDP) Robin Low akan bertarung dengan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Yuhua. 

Anggaran Waktu Membaca:
Grace Fu bertarung dengan calon baru SDP Robin Low di SMC Yuhua

Anggota PAP Grace Fu akan bertarung dengan anggota SDP Robin Low di SMC Yuhua. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 06:05PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 06:06PM

SINGAPURA: Calon Parti Demokratik Singapura (SDP) Robin Low akan bertarung dengan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Yuhua.

Kedua-dua parti itu berjaya memfailkan borang pencalonan masing-masing di Sekolah Tinggi Nan Hua pada Selasa (30 Jun).

Ini adalah pilihan raya kali ketiga berturut-turut SMC Yuhua akan ditandingi oleh PAP dan SDP. Cik Fu, penyandang GRC itu, memenangi 73.5 peratus undi semasa Pilihan Raya Umum 2015 sekali gus menewaskan calon SDP Jaslyn Go.

Ini akan menjadi kali pertama Encik Low bertanding dalam sesebuah Pilihan Raya Umum.

"Saya sudahpun berkhidmat kepada anda sepanjang 14 tahun lalu tetapi saya tidak akan mensia-siakan apa-apa. Saya memandang sangat serius terhadap pilihan raya ini dan bertanding bagi meraih undi setiap seorang daripada anda kerana anda, para pengundi Yuhua, layak mendapat pertandingan yang baik," kata Cik Fu dalam ucapannya ketika berdiri di balkoni pusat penamaan calon selepas mengesahkan pencalonannya.

"Sokong saya, sokong SDP dan sokong kempen '4 Yes and 1 No' kami," kata Encik Low dalam ucapannya.

SMC Yuhua sebelum ini adalah sebahagian daripada GRC Jurong sebelum ia dibentuk menjadi sebuah kawasan undi dengan kerusi tunggal semasa Pilihan Raya 2011, di mana Cik Fu mengalahkan calon SDP Teo Soh Lung.

Kawasan undi itu mempunyai jumlah pengundi yang paling rendah dalam kalangan kesemua SMC iaitu sebanyak 21,376. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan