Grace Fu bakal hadiri prapersidangan perubahan iklim PBB di Itali
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu akan menghadiri Prapersidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Milan dari esok (30 Sep) hingga Sabtu (2 Okt).
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu akan menghadiri Prapersidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Milan dari esok (30 Sep) hingga Sabtu (2 Okt).
Mesyuarat itu diadakan sebelum Sidang Perubahan Iklim PBB COP26 yang akan dianjurkan di Glasgow pada November, dengan Britain sebagai presiden.
Prapersidangan itu akan melibatkan para wakil dari sekitar 50 negara yang bakal membincangkan tentang aspek-aspek teras politik dalam perundingan itu dan topik-topik rundingan bagi COP26, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) hari ini (29 Sep).
"Satu isu utama yang akan dibincangkan adalah garis panduan bagi melaksanakan Artikel 6 dalam Perjanjian Paris yang masih belum dihuraikan di bawah Program Kerja Perjanjian Paris," tambah MSE.
Artikel 6 meliputi kerjasama antara negara-negara untuk memenuhi sasaran mengurangkan pengeluaran termasuk menerusi pasaran karbon antarabangsa.
Cik Fu, yang menjadi pemudah cara bersama dalam perbincangan tentang Artikel 6 itu bersama rakan sekerjanya dari Norway akan melakukan sedemikian "dengan berlandaskan pandangan untuk melanjutkan usaha menjelang COP26", menurut kementerian itu.
Para menteri yang akan menghadiri prapersidangan itu juga akan mendampingi wakil-wakil belia di sebuah acara Youth4Climate pada 30 September tentang keutamaan dan kepentingan mengambil tindakan terhadap perubahan iklim, tambah MSE.
Cik Fu bakal menghadiri prapersidangan itu atas undangan Menteri Peralihan Ekologi Itali Roberto Cingolani dan Presiden Dilantik COP26 Britain Alok Sharma.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.