Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab tawar topi keledar bijak kepada pekerja penghantaran makanannya yang alih kepada penggunaan basikal

Grab mengumumkan latihan keselamatan baru bagi pekerja penghantaran makanannya yang beralih kepada penggunaan basikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab tawar topi keledar bijak kepada pekerja penghantaran makanannya yang alih kepada penggunaan basikal

(Gambar: Ang Hwee Min)

Diterbitkan : 11 Dec 2019 08:40PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 08:46PM

SINGAPURA: Grab mengumumkan latihan keselamatan baru bagi pekerja penghantaran makanannya yang beralih kepada penggunaan basikal.

Grab juga menawarkan topi keledar bijak bagi penunggangnya yang tamat kursus itu.

Topi keledar tersebut dijual pada harga AS$180 (S$245), mempunyai lampu yang memudahkan penunggang dilihat pengguna jalan raya yang lain dan berfungsi sebagai isyarat membelok, yang dikawal oleh aplikasi telefon bimbit.

Inisiatif itu diumumkan selepas alat mobiliti peribadi atau PMD dilarang di laluan pejalan kaki berkuat kuasa 5 November lalu.

Penguasa Pengangkutan Darat LTA melantik syarikat Asian Detour sebagai pemudah cara Program Menunggang Secara Selamat.

Syarikat itu akan bekerjasama dengan GrabFood untuk mereka bentuk kursus latihan baru.

Program latihan itu mendidik para penunggang tentang peraturan trafik, pemeriksaan keselamatan, penyenggaraan kenderaan dan senario-senario mengemudi di jalan raya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan