Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab siasat pekerja penghantaran dirakam curi kasut pelanggan, masukkan dalam beg

Grab menyatakan pada Khamis (27 Jun) bahawa pihaknya sedar akan wujudnya rakaman video yang menunjukkan seorang pekerja penghantaran makanan syarikat itu mengambil sepasang kasut di luar rumah seorang pelanggan dan memasukkannya ke dalam beg penghantaran makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab siasat pekerja penghantaran dirakam curi kasut pelanggan, masukkan dalam beg

Petikan gambar daripada video.

Diterbitkan : 27 Jun 2019 11:00PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 11:02PM

SINGAPURA: Grab menyatakan pada Khamis (27 Jun) bahawa pihaknya sedar akan wujudnya rakaman video yang menunjukkan seorang pekerja penghantaran makanan syarikat itu mengambil sepasang kasut di luar rumah seorang pelanggan dan memasukkannya ke dalam beg penghantaran makanan.

"Kami sedar akan perkara ini dan sedang menjalankan siasatan. Grab tidak membenarkan perilaku sedemikian dan akan memecat penghantar makanan yang didapati bersalah," menurut Grab.

Rakaman video yang dimuat naik pada pagi Khamis oleh seorang pengguna Facebook Cik Grace Lim, sudah ditonton lebih 38,000 kali dan dikongsi hampir 1,500 kali. Cik Lim menulis kapsyen: "Mencuri di rumah sepupu saya."

Video itu menunjukkan seorang penghantar makanan GrabFood menghulurkan beg plastik berisi makanan kepada seseorang di dalam rumah, kemudian menaiki e-skuternya.

Lelaki itu kemudian memandang sekelilingnya, sebelum dengan cepat mengambil sepasang kasut dan meletakkannya ke dalam beg penghantaran makanan.

Video tersebut menunjukkan ia dirakam pada 20 Jun.

Ramai pengguna internet mengutuk lelaki itu bukan saja atas perbuatannya mencuri kasut tetapi juga kerana tidak menghiraukan tentang kebersihan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan