Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab sangkal dakwaan 'secara senyap' henti pelan langganan penghantaran makanan popular

Grab menyangkal dakwaan bahawa ia "secara senyap" menghentikan satu pelan langganan penghantaran makanan bulanan yang popular tanpa memberi notis kepada para pengguna tentang perubahan itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Grab sangkal dakwaan 'secara senyap' henti pelan langganan penghantaran makanan popular

Gambar fail seorang pekerja penghantaran GrabFood. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 28 Apr 2020 08:38AM Dikemas Kini : 28 Apr 2020 08:39AM

SINGAPURA: Grab menyangkal dakwaan bahawa ia "secara senyap" menghentikan satu pelan langganan penghantaran makanan bulanan yang popular tanpa memberi notis kepada para pengguna tentang perubahan itu.

Pada Isnin (27 Apr), firma teknologi itu memberitahu Mediacorp ia sudahpun memaklumkan kepada para pengguna tentang pemberhentian "pelan makanannya" pada 25 Mac lalu. Pelan berharga S$9.99 itu menawarkan penghantaran percuma bagi 50 pesanan GrabFood dalam sebulan.

Sebilangan pelanggan akan melihat pelan mereka tamat pada 5 Mei tetapi tarikh luputnya akan berbeza berdasarkan bila pengguna memperbaharui semula pelan mereka. Misalnya, bagi pelanggan di yang dijadual untuk memperbaharui pelan pada 5 April, pelan mereka akan dilanjutkan buat kali terakhir sebelum tarikh luput 5 Mei.

Grab menyatakan ia menghantar notis kepada para pelanggan menerusi aplikasi mudah alihnya serta emel. Ini supaya para pelanggan "boleh memperbaharui pelan mereka untuk satu lagi kitaran dan (tahu) tarikh luput khusus bagi pelan semasa mereka."

Memberi sebab bagi menghentikan skim itu, Grab menyatakan ia mengkaji semula secara tetap pelan langganannya dan berharap untuk kembali dengan pelan yang lebih menarik tidak lama lagi. Ia bagaimanapun tidak memberikan penjelasan lanjut.

Pada petang Isnin, laman web Mothership menerbitkan laporan mendakwa Grab "secara senyap" menghentikan pelan langganan penghantaran makanannya semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan, yang bermula pada 7 April. Laporan itu, yang kemudian dikemaskinikan dengan respons Grab, merujuk kepada komen-komen daripada para pengguna yang mengadu mereka tidak dimaklumkan tentang perubahan tersebut.

Rakyat Singapura amat bergantung kepada penghantaran makanan sejak bermulanya tempoh pemutus rantaian jangkitan, yang bertujuan memperlahankan penularan COVID-19, dengan peraturan untuk menghadkan pergerakan orang ramai serta kegiatan perniagaan.

Grab bukan satu-satunya khidmat penghantaran makanan yang menghentikan pelan langganannya.

Deliveroo memberitahu Mediacorp ia "menghentikan buat sementara waktu" pendaftaran baru bagi skim Plus pada awal Mac lalu sedang ia membuat perubahan kepada program itu.

Skim itu menawarkan penghantaran tanpa had pada harga S$14.90 sebulan. "Pelanggan yang berminat untuk mendaftar bagi Deliveroo Plus boleh kembali semula dalam beberapa minggu lagi," menurut firma itu.
 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan