Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab pertingkat app demi beri pemandu lebih banyak kawalan perjalanan, pendapatan

Syarikat sewa kereta Grab hari ini (6 Dis) mengumumkan beberapa inisiatif yang bermatlamat untuk memperbaiki pengalaman para pemandunya, termasuk memberi peluang menilai perjalanan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab pertingkat app demi beri pemandu lebih banyak kawalan perjalanan, pendapatan

Gambar kenderaan sewa Grab. (Gambar: Grab)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 06:12PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 06:18PM

SINGAPORE: Syarikat sewa kereta Grab hari ini (6 Dis) mengumumkan beberapa inisiatif yang bermatlamat untuk memperbaiki pengalaman para pemandunya, termasuk memberi peluang menilai perjalanan mereka.

Dalam kenyataannya itu, Grab menyatakan bahawa kempen Better 365 ditumpukan kepada kebajikan "pemandu dan rakannya." Mereka boleh menjangkakan pembaikan yang ketara pada app Grab dari segi empat aspek: sokongan yang lebih baik, pendapatan yang lebih, peranti yang lebih baik dan masyarakat yang lebih kukuh.

Salah satu cara untuk mencapai demikian adalah dengan memberi para pemandu peluang berkongsi maklum balas tentang perjalanan mereka menerusi ciri "Pemandu Menilai Perjalanan". Ia membolehkan mereka menilai perjalanan mereka sebagai "positif" ataupun "negatif" dan memilih sebab-sebabnya, termasuk lokasi dan laluan, bayaran dan penumpang.

Seorang jurucakap syarikat itu menambah bahawa penilaian pemandu dan maklum balas mereka tidak akan menjejas penumpang.

"Penilaian perjalanan menggunakan Grab dengan data kualitatif dan kuantitatif untuk mengenal pasti dan menangani keprihatinan-keprihatinan utama dan membentuk ciri reka bentuk baru untuk memperbaiki pengalaman pemandu," demikian dijelaskan syarikat itu.

Menurutnya lagi, para pemandu yang mempunyai komitmen, di luar memandu untuk Grab, boleh menggunakan ciri Destinasi Saya untuk meletakkan dua destinasi pilihan setiap hari untuk diganding dengan para penumpang. Ini membolehkan para penumpang meneruskan perjalanan mereka ke destinasi-destinasi pilihan sambil meraih pendapatan dengan membawa penumpang itu ke destinasi yang sama.

Aplikasi Pemandu Grab juga akan dinaik taraf dengan ciri-ciri seperti memboleh pemandu memantau kemajuan mereka supaya senang mencapai sasaran pendapatan. Mereka juga boleh melihat kenyataan pendapatan harian ataupun mingguan mereka menerusi aplikasi itu.

Peningkatan-peningkatan itu akan diperkenalkan dalam minggu-minggu mendatang, menurut Grab.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan