Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grab dedah butiran skim Geran Tukar Beli bagi penghantar makanan naiki e-skuter

Untuk layak menerima geran bagi tukar beli skuter elektronik kepada jenis alat mobiliti lain, para pekerja penghantaran makanan Grabfood perlu melakukan sekurang-kurangnya satu penghantaran antara 9 Oktober hingga 7 November.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab dedah butiran skim Geran Tukar Beli bagi penghantar makanan naiki e-skuter

Grab adalah yang pertama dalam kalangan tiga syarikat untuk mengumumkan perincian skim geran tukar beli mereka. (Gambar: TODYA/Najeer Yusof)

Diterbitkan : 12 Nov 2019 11:27PM Dikemas Kini : 12 Nov 2019 11:34PM

SINGAPURA: Untuk layak menerima geran bagi tukar beli skuter elektronik kepada jenis alat mobiliti lain, para pekerja penghantaran makanan Grabfood perlu melakukan sekurang-kurangnya satu penghantaran antara 9 Oktober hingga 7 November.

E-skuter mereka juga mesti berdaftar dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Seseorang penunggang mesti selesai melakukan sekurang-kurangnya 20 perjalanan penghantaran semasa tempoh tersebut untuk menerima geran penuh.

Jika seorang penunggang menyelesaikan kurang daripada 20 penghantaran, beliau akan menerima 80 peratus geran dahulu manakala jumlah bakinya pula akan diagihkan setelah beliau menghabiskan 20 penghantaran dalam tempoh 30 hari setelah tarikh penyertaan tuntutan.

(Gambar: Telepod)

Mulai Jumaat ini (15 Nov), penunggang boleh memohon bagi geran tersebut dan permohonan akan diserahkan kepada LTA setiap hari. Dalam masa dua hari bekerja setelah penyerahan kepada LTA, penunggang akan dimaklumkan sama ada permohonan mereka berjaya dan jika mereka boleh meneruskan rancangan untuk membeli alat mobiliti yang baru.

Para penunggang itu kemudian boleh menukar beli e-skuter mereka dan menerima pembayaran balik dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja.

Perincian mengenai skim geran tukar beli Grab, yang bermula pada Jumaat ini, didedahkan pada Selasa (12 Nov) di laman web syarikat itu.

Di tengah-tengah bantahan besar dalam kalangan peruncit dan pekerja penghantaran makanan, satu geran tukar beli seluruh negara bernilai S$7 juta diumumkan oleh Pemerintah minggu lalu. Ia bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan, GrabFood, Foodpanda dan Deliveroo, untuk membantu penunggang mereka - menyusuli larangan pemerintah terhadap penggunaan e-skuter di laluan pejalan kaki yang berkuat kuasa 5 Nov lalu.

Grab adalah dalam kalangan tiga syarikat yang mengumumkan butiran skim geran tukar beli.

Lebih satu daripada tiga pekerja penghantaran makanan GrabFood bergantung kepada e-skuter untuk menyelesaikan pesanan makanan. Hanya 5 peratus daripada para penunggang berkenaan menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) termasuk e-skuter manakala di pihak Foodpanda pula, bilangannya adalah 12 peratus.

Secara keseluruhannya, sekitar 7,000 pekerja penghantaran makanan terjejas dengan larangan pengunaan e-skuter di laluan pejalan kaki.

Gambar fail e-skuter. (Gambar: ElectroWolf, Electric Scooters Singapore‎/ Facebook)  

Di bawah skim tersebut, penunggang yang berhasrat untuk meneruskan pekerjaan itu akan menerima geran sehingga S$1,000 setiap seorang untuk menukar e-skuter mereka kepada basikal elektrik atau alat bantuan mobiliti peribadi (PMA). Geran sehingga S$600 setiap seorang pula akan diberikan bagi mereka yang ingin menukar e-skuter kepada basikal.

Grab sedang bekerjasama dengan lima rakan kongsi untuk membolehkan para pekerjanya yang menunggang e-skuter menyewa atau membeli basikal. Syarikat-syarikat tersebut ialah SG Bike, pengendali khidmat kongsi basikal terbesar di Singapura, My Bike Shop, Hello Bicycle dan Cannasia. Para pekerja itu boleh menikmati sewa percuma dengan SG bike serta diskaun bagi pembelian mereka bersama peruncit lain.

Gambar fail seorang penghantar makanan Foodpanda menunggang basikal (Gambar: TODAY)

Bagi penunggang yang ingin membeli sebuah PMA, mereka perlu mengemukakan alasan kerana alat tersebut direka khas untuk orang-orang yang menghadapi masalah untuk berjalan kaki.

Bekerjasama dengan rakan kongsinya, Grab menyatakan ia juga menawarkan "kadar pemajakan dipilih" bagi motosikal.

Grab menambah ia sedang "berusaha keras" dalam bidang sokongan lain bagi para pekerja penghantarannya termasuk dari segi bantuan kewangan.

Berikutan pengumuman larangan tersebut, Grab memberi amaran bahawa para pelanggannya mungkin mengalami kelengahan dalam menerima pesanan mereka atau berdepan lebih banyak pembatalan pesanan sedang pekerja penghantarannya cuba untuk beralih kepada bentuk pengangkutan lain.

Firma itu pada Selasa menyatakan beberapa pelanggan dan kedai "menghubungi mereka untuk berkongsi keprihatinan" mengenai kebajikan para pekerja penghantaran akibat larangan tersebut.

"Mereka juga memahami keadaan itu dan akan lebih bersabar dengan pesanan makanan mereka," menurut Grab.

Dalam respons kepada pertanyaan TODAY, seorang jurucakap Deliveroo berkata perbincangan bersama LTA dan syarikat kongsi basikal sedang dijalankan. Syarikat itu juga "sedang bekerjasama rapat dengan kesemua pihak terlibat ke arah mencipta rancangan kerjasama" bagi para pekerja penghantaran makanannya.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan