Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GoPurporse Inc didenda ubah, jual produk makanan dengan tarikh luput kurang tepat

Sebuah syarikat runcit e-niaga didenda S$1,600 kerana menjual produk makanan dengan tarikh luput yang diubah, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dalam satu kenyataan media pada Rabu (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
GoPurporse Inc didenda ubah, jual produk makanan dengan tarikh luput kurang tepat

GoPurpose Inc didapati mengubah label tarikh luput bagi produk makanan Chaga Health. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 21 Feb 2019 08:40AM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 08:44AM

SINGAPURA: Sebuah syarikat runcit e-niaga didenda S$1,600 kerana menjual produk makanan dengan tarikh luput yang diubah, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dalam satu kenyataan media pada Rabu (20 Feb).

AVA menyatakan bahawa GoPurpose Inc sengaja mengubah label tarikh luput pada sesetengah produk makanan Chaga Health. Menurut laman syarikat runcit berkenaan, ia menjual produk-produk gaya hidup mampan dan hasil pertanian organik.

AVA menyatakan ia menerima aduan pada Jun 2018 bahawa GoPurpose menjual sekumpulan produk makanan prabungkus Chaga Health yang menjangkaui tarikh luput yang disarankan.

"Siasatan lanjut mendedahkan bahawa GoPurpose Inc Pte Ltd menggantikan tarikh luput asal pada produk-produk makanan dengan tarikh baru, yang menjangkaui tarikh disarankan oleh para pengilang," menurut AVA.

Berdasarkan gambar-gambar dari AVA, produk terjejas termasuk 'wild lingonberries', 'pine bud powder' dan 'spruce tip powder'.

"AVA memandang serius terhadap perbuatan metakkan label makanan palsu dan tidak tepat," menurut AVA lagi.

"Semua produk makanan yang dibungkus bagi penjualan di Singapura mesti dilabel mengikut peraturan umum yang ditetapkan oleh Peraturan Makanan Singapura. Adalah penting untuk meletakkan tarikh luput yang tepat pada produk-produk kerana mutu produk-produk dengan tarikh yang sudah luput mungkin terjejas."

Sesiapa yang didapati bersalah di bawah Akta Penjualan Makanan boleh didenda sehingga S$1,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga S$2,000 bagi kesalahan seterusnya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan