Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Google peringati Dwiabad S’pura dengan lukisan istimewa

Google hari ini (28 Jan) memperingati ulang tahun ke-200 sejak Singapura diasaskan dengan mempamerkan lukisan 'Google Doodle' istimewa di pelayar cariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Google peringati Dwiabad S’pura dengan lukisan istimewa

Petikan gambar laman Google.

Diterbitkan : 28 Jan 2019 03:39PM Dikemas Kini : 28 Jan 2019 03:41PM

SINGAPURA: Google hari ini (28 Jan) memperingati ulang tahun ke-200 sejak Singapura diasaskan dengan mempamerkan lukisan 'Google Doodle' istimewa di pelayar cariannya.

Hari Isnin (28 Jan) menandakan ketibaan Sir Stamford Raffles di Singapura 200 tahun lalu, iaitu detik penting dalam sejarah moden Singapura.

Hari ini (28 Jan) menandakan bermulanya satu siri acara sepanjang setahun yang diadakan sempena memperingati sejarah negara ini, dari lebih 500 tahun lalu sebelum ketibaan Stamford Raffles sehinggalah ke hari ini.

Buat sementara waktu ini, Google mengemas kini logo di laman utamanya bagi memaparkan acara khas, pencapaian, cuti dan tokoh istimewa.

Lukisan Google Doodle Dwiabad Singapura menampilkan logo Google berwarna merah terang, serta mercu tanda Singapura seperti Marina Bay Sands, Taman di Pesisiran dan Singapore Flyer.

"Singapura sudah menjadi tuan rumah kepada ibu pejabat kami di Asia Pasifik sejak 2007 dan kami berpeluang menyaksikan kemajuannya sebagai sebuah hab serantau bagi idea-idea serta para penduduk dari pelbagai masyarakat dan budaya," kata Stephanie Davis, Pengarah Daerah Google Singapore.

Cik Davis berkata 200 tahun ini merupakan satu 'detik penting' bagi Singapura, sambil menambah bahawa Google mahu memperingati detik ini dengan lukisan khas "latar langit Singapura yang mencerminkan kemajuan Singapura sejak 700 tahun lalu."

"Kami berharap ia akan membantu rakyat Singapura memperingati sejarah negara ini sedang mereka menggunakan pelayar carian untuk mempelajari dan meninjau-ninjau acara yang dianjurkan sepanjang tahun ini."

Pengarah Eksekutif Pejabat 200 Tahun Singapura Gene Tan juga mengalu-alukan usaha Google.

Pelbagai acara sudah dirancangkan bagi memperingati dwiabad ini.

Sebagai permulaan, acara tahunan i Light Singapore dan Light to Night Festival akan berlangsung dari hari ini (28 Jan) hingga 24 Februari, dan akan menampilkan pelbagai karya yang direka khas.  

Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan