Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Google Maps perkenalkan ciri baru; beritahu pengguna bila untuk turun kenderaan awam

Google Maps memperkenalkan ciri pemberitahuan masa bagi para pengguna untuk turun dari bas atau kereta api.

Anggaran Waktu Membaca:
Google Maps perkenalkan ciri baru; beritahu pengguna bila untuk turun kenderaan awam

(Gambar fail: AFP).

Diterbitkan : 16 Dec 2017 08:48PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 08:51PM

SINGAPURA: Google Maps memperkenalkan ciri pemberitahuan masa bagi para pengguna untuk turun dari bas atau kereta api.

Ia dihasilkan untuk memberi para penumpang pengangkutan awam arahan terperinci yang sering digunakan oleh para pemandu yang menggunakan sistem GPS.

"Anda boleh pantau perjalanan anda, sama seperti ketika anda memandu atau berjalan," menurut Google dalam catatan blognya pada hari Khamis (14 Dis).

Menurut Google lagi, ciri ini boleh didapati pada aplikasi Google Maps untuk Anroid. Namun, menurut laporan, hanya telefon bijak dengan sistem operasi 8.0 Oreo mempunyai akses kepada ciri ini.

Walaupun Google tidak menyebutkan apa-apa tentang peranti Apple, nampaknya para pengguna iPhone sudahpun mempunyai akses kepada ciri yang agak serupa.

Ciri baru ini mungkin bermanfaat buat para penumpang yang sering tertidur atau tidak sedar akan perjalanan mereka ketika menggunakan aplikasi lain. Para pengguna hanya perlu pilih untuk menerima pemberitahuan pada telefon Android mereka tentang tempat-tempat penting seperti stesen di mana mereka perlu tukar ke platform kereta api lain atau turun dari bas.

Para pengguna boleh menekan butang "mula" di bahagian bawah skrin mereka selepas memilih destinasi pilihan masing-masing. Mereka kemudian akan menerima pemberitahuan sepanjang perjalanan mereka.

Ciri ini juga dapat memudahkan perjalanan para pelancong atau mereka yang melancong ke tempat yang baru. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan