Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Google labur S$476 juta lagi untuk operasi pusat data S'pura, rancang kemudahan ketiga

Ia membangunkan pusat data Asia Tenggara pertama di sini pada tahun 2011 dan sebuah lagi empat tahun kemudian, menyusuli pertumbuhan pesat pengguna dan kegunaannya di rantau in.

Anggaran Waktu Membaca:
Google labur S$476 juta lagi untuk operasi pusat data S'pura, rancang kemudahan ketiga

(Gambar: Google)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 12:14PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 12:18PM

SINGAPURA: Syarikat gergasi Internet Google mengumumkan hari ini (1 Ogos) bahawa ia akan membangunkan pusat data ketiga di Singapura memandangkan lebih ramai pengguna dan perniagaan menggunakan wadah online dan lebih ramai daripada mereka memerlukan perkhidmatan "cloud".

Dalam satu catatan blog, syarikat itu menyatakan bahawa ia sudah memulakan kerja di kemudahan ketiga yang terletak di Jurong West "tidak jauh" daripada dua bangunan pertamanya. Ini akan membawa jumlah keseluruhan pelaburan di pusat-pusat data tempatan kepada AS$850 juta (S$1.2 bilion). Ia menyatakan bahawa jumlah pelaburan bernilai AS$500 juta (S$681 juta) apabila pusat data kedua diumumkan pada tahun 2015.

Ia membangunkan pusat data Asia Tenggara pertama di sini pada tahun 2011 dan sebuah lagi empat tahun kemudian, menyusuli pertumbuhan pesat pengguna dan kegunaannya di rantau in.

Mediacorp difahamkan bahawa Google tidak membina sebuah pusat data baru dari mula, tetapi mengubahsuai semula bangunan sedia ada untuk keperluannya dan ia dijangka dibuka pada 2020.

Kemudahan itu akan menjadi salah satu tapak yang paling cekap dan mesra alam di Asia seiring dengan pendekatan globalnya, menurut Google. Ia akan menggunakan teknologi pembelajaran mesin terkini untuk mengurangkan penggunaan tenaga, tambahnya.

Syarikat itu tidak mendedahkan jumlah pekerjaan baru akan dijana daripada pusat data terbaru itu, tetapi menyatakan bahawa ia "berharap untuk mengembangkan pasukan kecil kami di sini". Satu pemeriksaan di portal pekerjaannya menunjukkan terdapat jawatan kosong untuk juruteknik pusat data, pengurus program untuk reka bentuk pusat data dan pengarah tapak untuk operasi perkakasan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan