Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gong Cha kembali ke S'pura, pelanggan pertama dapat 99 minuman percuma

Jelang pembukaan rasmi cawangan baru rangkaian 'bubble tea' Gong Cha di SingPost Centre, ramai pengunjung sudahpun mula beratur, ada sejak malam semalam (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Gong Cha kembali ke S'pura, pelanggan pertama dapat 99 minuman percuma

Barisan panjang pada hari pertama Gong Cha dibuka di SingPost Centre. (Gambar: Gaya Chandamohan)

Diterbitkan : 01 Dec 2017 02:47PM Dikemas Kini : 01 Dec 2017 02:50PM

SINGAPURA: Jelang pembukaan rasmi cawangan baru rangkaian 'bubble tea' Gong Cha di SingPost Centre, ramai pengunjung sudahpun mula beratur, ada sejak malam semalam (30 Nov).

Menurut seorang kakitangan Gong Cha, lebih 200 orang beratur sebelum pembukaannya hari ini (1 Dis).

Seorang pelajar maktab rendah, yang hanya ingin dikenali sebagai Daryl, merupakan orang pertama dalam barisan itu. Beliau beratur sejak 10.00 malam semalam (30 Nov) bersama teman-temannya.

"Kami benar-benar suka Gong Cha dan kami ternampak kedai akan dibuka ketika kami sedang melalui kawasan tersebut pada 5.00 petang semalam," kata Daryl. "Kemudian saya tidak nampak kalau ada yang sedang beratur pada pukul 10.00 malam, jadi saya bercadang untuk menjadi yang pertama dalam barisan."

Kumpulan pelajar itu mengisi masa dengan menonton filem. Mereka terkejut apabila Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian itu - Encik Kang Puay Seng - datang dan membelikan makanan malam buat mereka.

"Kami terperanjat ketika kami dapat tahu siapa beliau sebenarnya, dan berbual bersama kami dan memberitahu bahawa kami benar-benar suka minuman Gong Cha," kata Daryl.

Atas usahanya itu, Daryl berpeluang mengambil bahagian dalam upacara pelancaran rasmi kedai teh itu dengan memasukkan straw ke dalam satu cawan 'bubble tea' - dan 99 minuman percuma.

Mereka yang beratur juga mendapat ganjaran minuman 'pearl milk tea' pada harga S$1, dan cawan edisi terhad Gong cha.

Cawangan sebesar 850 kaki persegi itu dilengkapi dengan "konsep F&B baru" yang bertujuan menyediakan pelanggan dengan pengalaman "Gong Cha".

Gong Cha juga akan menawarkan menu makanan ringan buat pertama kalinya, termasuk 'biskut teh' yang dihasilkan.

Syarikat itu merancang membuka 50 cawangan di merata Singapura menjelang lima tahun akan datang. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan