Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan muda Muslim lebih terbuka pilih sistem kewangan Islam

Golongan muda Muslim lebih terbuka memilih sistem kewangan Islam bagi pengurusan harta mereka berbanding golongan lebih lanjut usia di sini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Golongan muda Muslim lebih terbuka memilih sistem kewangan Islam bagi pengurusan harta mereka berbanding golongan lebih lanjut usia di sini.

Pakar kewangan, Encik Sani Hamid berkongsi pengamatannya sambil menambah kecenderungan tersebut dibentuk oleh faktor teknologi dan identiti Muslim di rantau ini.

Beliau berkata demikian dalam sebuah Simposium Pelaburan Islam yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh Jabatan Pengurusan Harta dalam Islam, Financial Alliance (FaiWA), baru-baru ini.

Trend mesra Muslim semakin mendapat perhatian di rantau ini. Ia meliputi pasaran Muslim yang luas dalam bidang-bidang seperti F&B, fesyen dan perbankan Islam.

Melihat kepentingan ini, sebuah simposium Pelaburan Islam dianjurkan bagi membincangkan trend dan salah tanggapan bersangkutan dengan kewangan Islam.

Pengamat ekonomi yang juga pengarah bagi pengurusan harta Financial Alliance, Encik Sani Hamid, trendnya kini jelas - lebih ramai kaum muda lebih terbuka untuk memilih sistem kewangan Islam dalam pengurusan harta mereka berbanding golongan lebih lanjut usia di sini.

Faktor keterbukaan ini menurutnya didorong oleh kecekapan dalam menggunakan teknologi serta trend identiti Muslim di peringkat global.

"Oleh kerana kami selama ini sudah terbiasa dengan konvensional, oleh kerana tidak adanya dikatakan alternatif lain, kami mudah menerima produk konvensional," kata Pengamat Ekonomi, Encik Sani Hamid.

Menurut Encik Sani lagi pembacaan kurang meluas juga membawa kepada salah tanggapan utama terhadap kewangan Islam, antaranya persepsi bahawa tiada perbezaan antara perbankan islam dengan konvensional, dan bagaimana perbankan Islam tidak membawa pulangan yang tinggi.

"Tetapi mengikut statistik, angka-angka yang kita ada, apabila kita lihat dan kita banding sama-sama, produk Islam selalunya tidak beza dengan konvensional, kadang dia melebihi, kadang dia tidak melebihi, tapi tidak jauh beza, dalam erti kata lain tidak ada bukti statistik untuk mengatakan bahawa produk Syariah itu lebih lemah daripada produk konvensional," menurut Encik Sani lagi.

Turut dibincangkan ialah prospek pasaran kewangan Islam di sini.

Timbalan CEO Maybank Islamic Bhd, Encik Nor Shahrizan Sulaiman menambah:

"Kita akan bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu seperti FAiWA, MUIS dan badan-badan Melayu-Islam. Insya-Allah permintaan-permintaan yang sedia ada memang akan datang daripada kelompok penduduk-penduduk daripada golongan tersebut.

Encik Shahrizan menambah pengurusan wang CPF dan insurans berlandaskan Islam juga bakal diterokai di masa akan datang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan