Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Golongan kurang upaya jadi tumpuan Cabaran Presiden 2020

Cabaran Presiden tahun depan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan golongan kurang upaya.  

Anggaran Waktu Membaca:
Golongan kurang upaya jadi tumpuan Cabaran Presiden 2020

Presiden Halimah Yacob di acara pelancaran pameran Arts in the City: We love SINGApore. (Gambar: Halimah Yacob/Facebook)

Diterbitkan : 01 Aug 2019 11:48AM Dikemas Kini : 01 Aug 2019 11:50AM

SINGAPURA: Cabaran Presiden tahun depan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan golongan kurang upaya.

Demikian diumumkan oleh Presiden Halimah Yacob semalam (31 Jul) di pelancaran pameran Arts in the City: We love SINGApore.

"Kami merasakan menerusi pemerkasaan, dari aspek melatih mereka dan menyediakan mereka dengan pekerjaan akan membantu mereka membina keyakinan dan harga diri di samping mempertingkatkan kesejahteraan mereka .. dan merasakan diri mereka sebahagian daripada masyarakat.

"Dan paling penting, sifat berdikari dan sikap tidak bergantung pada orang lain - ini sangat penting dan mustahak bagi golongan kurang upaya," katanya.

Menukil tinjauan yang dijalankan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Presiden Halimah menarik perhatian bahawa enam daripada 10 responden yang kurang upaya merasakan mereka tidak "tergolong dalam masyarakat".

"Bagi mereka yang tidak bekerja, keadaan mereka teruk kerana mutu kehidupan mereka lebih rendah," kata Presiden Halimah.

Presiden Halimah menambah beliau berharap lebih banyak majikan akan melaksanakan amalan pengambilan pekerja yang inklusif bagi memberikan golongan kurang upaya lebih banyak latihan dan peluang pekerjaan.

Dilancarkan pada tahun 2000 oleh Presiden S R Nathan, Cabaran Presiden adalah acara tahunan bagi mengumpul dana untuk menyokong badan-badan amal di sini. 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan