GIC peroleh 50% taruhan bagi bangunan pejabat di Beijing
Dana pelaburan negara GIC memperoleh 50 peratus taruhan bagi sebuah bangunan pejabat di Beijing.
SINGAPURA: Dana pelaburan negara GIC memperoleh 50 peratus taruhan bagi sebuah bangunan pejabat di Beijing.
GIC akan memiliki sepenuhnya bangunan setinggi 42 tingkat itu.
Bangunan berkenaan adalah yang tertinggi di Daerah Perniagaan Lize.
GIC menyatakan pelaburan aset gred A itu mencerminkan keyakinan yang berterusannya terhadap China.
Ia menambah komitmen syarikat itu untuk memiliki aset dengan potensi meraih hasil yang baik dalam jangka panjang dalam pasaran China.
Bangunan pejabat tersebut terletak di tengah-tengah daerah perniagaan dan berdekatan pengangkutan awam serta pembangunan prasarana pada masa depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.