Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GIC harus bangunkan pendekatan baru bagi sekitaran lebih mencabar: PM Lee

Dana pelaburan Singapura perlu menghasilkan pendekatan baru bagi menguruskan pelaburan dalam sekitaran global yang semakin mencabar.

Anggaran Waktu Membaca:
GIC harus bangunkan pendekatan baru bagi sekitaran lebih mencabar: PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Majlis Malam Ulang Tahun ke-40 GIC. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 10:11PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 10:12PM

SINGAPURA: Dana pelaburan Singapura perlu menghasilkan pendekatan baru bagi menguruskan pelaburan dalam sekitaran global yang semakin mencabar.

Bercakap di majlis makan malam ulang tahun ke-40 GIC hari ini (16 Nov), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dana itu perlu bersiap sedia bagi keadaan tidak menentu seperti geopolitik dan perubahan iklim, selain daripada risiko ekonomi seperti inflasi, kesan kadar faedah rendah yang berpanjangan dan defisit fiskal pada kadar rekod.

"Keadaan tidak menentu yang terbesar tidak semestinya yang berkaitan ekonomi. GIC melabur dalam aset dan pasaran di seluruh dunia. Selain itu, ketegangan dan permusuhan antara kuasa-kuasa besar boleh meruntuhkan pasaran dan pelaburan, meskipun jika tiada konflik berskala besar yang berlaku.

"Sidang puncak secara maya antara Presiden Joe Biden dan Presiden Xi Jinping hari ini justeru adalah langkah pertama yang menggalakkan ke arah menstabilkan jalinan hubungan antara AS-China," kata PM Lee.

Dalam tempoh sederhana ini, PM Lee berkata peralihan ke arah ekonomi mampan dan rendah karbon akan menjejas strategi pelaburan Singapura.

Beliau menambah bahawa GIC akan mencari peluang pelaburan baru dalam teknologi mampan dan membangunkan rangka kerja kemampanan sendiri.

"Dalam jangka panjang, jika usaha oleh negara-negara untuk menghapuskan pengeluaran karbon secara bersama terbukti tidak mencukupi, kemerosotan alam sekitar dan bencana berkaitan iklim akan mempunyai kesan ketara terhadap ekonomi sejagat."

PM Lee juga menekankan komitmen untuk memperuntukkan simpanan masa hadapan dan mengeluarkan rizab negara hanya bagi situasi luar biasa.

Ini kerana beliau menjangkakan perbelanjaan sosial dan jagaan kesihatan di Singapura akan bertambah yang akan meletakkan tekanan terhadap Pemerintah untuk menggunakan rizab negara dan tidak menaikkan kadar cukai.

"Adakah kita mengamalkan sikap yang sama seperti generasi perintis kami? Bahawa kami sebagai pelapis Singapura, dengan tanggungjawab untuk kelangsungan hidup dan kejayaan negara?

"Bahawa kami akan menjaga kebajikan generasi akan datang yang belum dilahirkan, meskipun kita menjaga diri sendiri dengan baik?

"Bahawa kita akan menganggap rizab itu sebagai dana untuk hari-hari terdesak, menggunakannya secara berhemat dan mampan untuk keperluan semasa, tetapi terus mengetepikan simpanan supaya kami boleh mewariskan kepada anak-anak dan cucu kita sebuah Singapura yang lebih baik dan lebih selamat berbanding yang sudah kita warisi?" kata PM Lee. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan