Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Geylang bermandi cahaya sempena Ramadan, lebih berseri dengan kehadiran Wisma Geylang Serai

Wisma Geylang Serai, bakal menyaksikan majlis perasmian penyalaan lampu Hari Raya buat julung-julung kalinya, pada Sabtu ini (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 May 2018 08:06PM Dikemas Kini : 11 May 2018 12:54AM

SINGAPURA: Wisma Geylang Serai, bakal menyaksikan majlis perasmian penyalaan lampu Hari Raya buat julung-julung kalinya, pada Sabtu ini (12 Mei).

Sepanjang 50 hari hingga akhir bulan depan, hab kebudayaan Melayu itu akan turut bermandi cahaya sempena Ramadan.

Pihak media diberi kesempatan untuk melihat sendiri sentuhan kreatif dan daya tarikan hiasan lampu raya di Geylang Serai.

Seluruh kawasan tersebut akan bermandikan pantulan cahaya sepanjang 2.25 kilometer dengan tema 'Meraikan Semangat Kampung Kita'.

Para pengunjung pastinya dapat menikmati halwa mata dengan lebih 50 pemasangan lampu termasuk dua gerbang utama bercirikan sejarah serta tradisi Melayu seperti sampan, masjid dan rumah kampung.

Orang ramai juga dapat membeli belah dan menikmati pelbagai juadah di bazar Geylang Serai mulai 12 Mei ini yang ditawarkan lebih 800 gerai.

Pasar malam ikonik itu akan diadakan dari Pasar Geylang Serai, Joo Chiat Complex, Wisma Geylang Serai hinggalah sepanjang Geylang Road.

Kemunculan Wisma Geylang Serai diserikan lagi dengan pelbagai kegiatan dan persembahan mingguan demi menyemarakkan lagi semangat kampung dalam kalangan masyarakat majmuk.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan