Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Getax Ocean Trades didenda S$80,000 kerana beri rasuah kepada pegawai Nauru

Syarikat Singapura, Getax Ocean Trades (Getax Ocean) hari ini (28 Jun) didenda S$80,000 atas kesalahan rasuah. Demikian menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Getax Ocean Trades didenda S$80,000 kerana beri rasuah kepada pegawai Nauru

Petikan gambar Google Maps yang menunjukkan bahagian luar CPIB.

Diterbitkan : 28 Jun 2018 08:10PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 08:12PM

SINGAPURA: Syarikat Singapura, Getax Ocean Trades (Getax Ocean) hari ini (28 Jun) didenda S$80,000 atas kesalahan rasuah. Demikian menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.

Syarikat itu didakwa pada 28 Julai 2016 kerana memberi rasuah bernilai hampir AS$20,000 (S$27,260) kepada Ryke Solomon, seorang Anggota Parlimen Republik Nauru.

Wang tersebut sebagai jaminan kemajuan syarikat Getax Australia - di mana Getax Ocean memainkan peranan sebagai sayap logistik - dengan Republik Nauru, menurut CPIB.

Pada masa itu, perkhidmatan teras Getax Australia adalah mengeksport fosfat dari Togo dan Nauru serta mengimport fosfat ke India.

Getax Ocean mendapatkan khidmat perkapalan dan menguruskan kiriman fosfat itu.

"Siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah mendapati pengarah Getax Australia mengarahkan pengurus di Getax Ocean supaya memindahkan AS$20,000 (S$27,300) dari akaun Citibank kepada akaun bank peribadi Ryke Solomon, di mana AS$81.89 (S$110) dipotong sebagai bayaran kepada bank," menurut CPIB.

Akaun Citibank itu milik seorang agensi Getax Ocean, tambahnya.

"Singapura tidak bertolak ansur sama sekali terhadap kes rasuah," menurut CPIB, sambil menambah bahawa ia mengambil "pandangan yang serius terhadap sebarang amalan rasuah, dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan seperti itu".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan