Images
  • bless our city
    Majlis perasmian program "Bless Our City", inisiatif bersama antara Far East Organisation dengan CDC Tengah.  

Geran bernilai S$1 juta ditubuhkan; bantu masyarakat memerlukan

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 50 pertubuhan khidmat sosial dan masyarakat dijangka akan mendapat suntikan dana dari sebuah geran bernilai sejuta dolar.

Ia menerusi program "Bless Our City", iaitu satu inisiatif bersama antara syarikat pemaju hartanah Far East Organisation dengan CDC Tengah.

Program itu dirasmikan sempena memperingati Dwiabad Singapura.

Setiap pertubuhan akan mendapat sehingga $20,000 dalam masa dua tahun.

Ia menyasarkan untuk membantu lima kumpulan berbeza, dari keluarga memerlukan sehinggalah kepada mereka yang mengalami isu kesihatan mental.

Datuk Bandar kawasan tersebut, Denise Phua, menggesa syarikat-syarikat untuk bukan sahaja berjaya dalam perniagaan tetapi juga berbuat baik dan memenuhi keperluan masyarakat yang belum ditangani.

Sejauh ini, 40 pertubuhan sudahpun didekati CDC untuk memohon bagi mendapatkan geran tersebut.

- CNA/NF/ai

Top