Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Generasi zaman sekarang harus terus kukuhkan keharmonian kaum dan agama - Masagos

Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berkata dialog antara agama adalah kunci bagi keharmonian agama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Nov 2019 09:11PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 09:26PM

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berkata dialog antara agama adalah kunci bagi keharmonian agama.

Ini terutama sekali kerana Singapura merupakan sebuah negara yang kecil dan terbuka yang mudah terjejas dengan pengaruh luaran.

Beliau berkata demikian dalam satu simposium silang agama siang tadi (2 Nov).

Encik Masagos berkata generasi rakyat Singapura kini mesti teruskan usaha mengukuhkan keharmonian kaum dan agama.

Mentelah lagi, konflik dari luar negara dan cabaran baru era digital kini boleh muncul.

Beliau menambah bahawa setiap individu memainkan peranan penting kerana undang-undang dan dasar awam tidak semestinya mencukupi.

700 orang menghadiri simposium itu.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan