Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GCE 'N': Kadar lulus meningkat, lebih ramai layak ke Menengah 5

Lebih ramai pelajar lulus peperiksaan GCE N tahun ini dan lebih ramai berjaya melangkah ke Menengah 5. Demikian diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) hari ini (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
GCE 'N': Kadar lulus meningkat, lebih ramai layak ke Menengah 5

Gambar fail pelajar menantikan keputusan peperiksaan (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 05:52PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 05:54PM

SINGAPURA: Lebih ramai pelajar lulus peperiksaan GCE N tahun ini dan lebih ramai berjaya melangkah ke Menengah 5. Demikian diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) hari ini (17 Dis).

Sekitar 14,600 pelajar menduduki peperiksaan GCE Peringkat Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) tahun ini, menurut kenyataan bersama MOE dan SEAB.

Daripada 9,917 pelajar yang menduduki peperiksaan N(A), 99.5 lulus sekurang-kurangnya satu subjek dan dianugerahkan sijil GCE Peringkat N(A), naik sedikit berbanding 99.4 peratus tahun lalu.

Di kalangan para pelajar ini, 76.9 peratus berjaya melayakkan diri ke Menengah 5 untuk menduduki peperiksaan GCE O, naik sedikit berbanding 76.6 peratus tahun lalu.

Para pelajar ini mendapat markah agregat tidak lebih dari 19 mata dalam mata pelajaran Inggeris, ilmu hisab dan tiga subjek terbaik (ELMAB3) dan sekurang-kurangnya Gred 5 bagi kesemua subjek berdasarkan perkiraan ELMAB3.

Daripada 4,175 pelajar yang menduduki peperiksaan N(T), 97.5 peratus lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan diberikan sijil GCE Peringkat N(T), naik daripada 96.6 peratus tahun lalu.

Para pelajar Menengah 4 N(A) yang meraih markah agregat ELMAB3 tidak lebih daripada 19 mata layak memohon bagi Skim Pengambilan Masuk ke Politeknik Secara Langsung (DPP), menurut MOE dan SEAB. DPP mempersiapkan para pelajar Menengah 4 N(A) untuk kursus diploma terpilih politeknik melalui program Nitec Lanjutan dua tahun di ITE.

Di bawah DPP, para pelajar yang berjaya menamatkan kursus Nitec Lanjutan dan meraih Gabungan Nilai Purata (GPA) minimum yang ditetapkan akan dijamin tempat bagi mengikuti kursus diploma politeknik yang berkaitan dengan kursus Nitec Lanjutan.

Sebanyak 1,200 tempat DPP akan ditawarkan di ketiga-tiga Kolej ITE dan permohonan bagi DPP akan dibuka pada 17 Disember 2018.

Bagi pelajar Menengah 4 N(A) yang meraih agregat ELMAB3 tidak melebihi 12 mata - naik daripada kriteria 11 mata sebelum ini - mereka boleh membuat permohonan bagi Program Asas Politeknik (PFP).

Program tempoh setahun di politeknik ini menawarkan kurikulum praktikal yang diajar oleh pensyarah politeknik untuk menyiapkan para pelajar memasuki kursus diploma yang relevan. Mereka yang menamatkan kursus dan lulus kesemua modul akan melangkah masuk ke kursus diploma yang dipilih.

Sebanyak 1,500 tempat PFP ditawarkan di politeknik-politeknik. Permohonan bagi PFP akan dibuka pada Januari 2018 selepas keputusan Peperiksaan GCE Peringkat O diumumkan.

Pelajar yang berhasrat memohon ke program tersebut perlu terlebih dahulu melayakkan diri ke Menengah 5, menurut MOE dan SEAB. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan