Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaya pengasuhan ibu bapa perlu berubah, kata DPM Tharman

Sedang pemerintah cuba menyesuaikan sistem meritokrasi menerusi perubahan dalam sistem pendidikan, ibu bapa juga harus merubah cara membesarkan anak-anak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Feb 2019 10:15PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 11:08PM

SINGAPURA: Sedang pemerintah cuba menyesuaikan sistem meritokrasi menerusi perubahan dalam sistem pendidikan, ibu bapa juga harus merubah cara membesarkan anak-anak mereka.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata demikian dalam ucapannya mengenai perubahan kepada sistem pendidikan supaya generasi muda siap menghadapi masa depan. Beliau menyampaikan ucapan itu di Institusi Hwa Chong sempena ulang tahunnnya yang ke-100.

Mengulas lebih lanjut, Encik Tharman berkata kanak-kanak memerlukan campuran antara jangkaan yang tinggi dengan galakan untuk berfikir secara bebas dan memupuk minat sendiri. Ciri-ciri tersebut tambah Encik Tharman adalah keperluan bagi masa hadapan.

Namun katanya sedang sistem pendidikan bergerak ke arah mengurangkan tumpuan kepada peperiksaan dan pencapaian akademik, ia seharusnya memberi lebih banyak keyakinan kepada ibu bapa untuk mengubah cara ibu bapa mengasuh anak-anak mereka.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan