Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan pemakanan baru dilancarkan; bantu wanita urus penyakit kencing manis semasa hamil

Garis panduan pemakanan baru dilancarkan hari ini (11 Jan) bagi membantu ibu hamil dalam usaha memerangi penyakit kencing manis dan berat badan berlebihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jan 2019 08:01PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:53PM

SINGAPURA: Garis panduan pemakanan baru dilancarkan hari ini (11 Jan) bagi membantu ibu hamil dalam usaha memerangi penyakit kencing manis dan berat badan berlebihan.

Ia dilancarkan menyusuli hasil tinjauan yang menunjukkan bahawa 20 peratus kehamilan di Singapura menghadapi kerumitan yang berpunca daripada penyakit kencing manis semasa hamil.

Kencing manis semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) berlaku apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi semasa wanita hamil. Keadaan itu menjejas kira-kira 15 hingga 20 peratus wanita hamil di Singapura.

Menurut satu kajian oleh Wadah Bersepadu untuk Penyelidikan dalam Lanjutan Kesihatan Metabolik Wanita dan Kanak-Kanak (IPRAMHO), 26.2 peratus daripada wanita hamil menambah berat badan lebih daripada yang disarankan. Ini boleh meningkatkan risiko kerumitan semasa melahirkan.

Maka itu, sebuah garis panduan pemakanan baru oleh Persatuan Perinatal Singapura, bertujuan untuk membantu. Garis panduan tersebut merangkumi lima bidang - sebelum hamil, semasa hamil dan tempoh selepas bersalin, serta Penyusuan Susu dan Pemakanan Awal Kanak-Kanak dan kencing manis semasa hamil.

Saranan tersebut termasuk pemakanan sihat dan kegiatan fizikal yang tetap dan disokong oleh Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH). 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan