Images

Garis panduan lindungi pengawal keselamatan di tempat kerja dilancarkan

SINGAPURA: Satu garis panduan perlindungan bagi para pengawal keselamatan dilancarkan hari ini (21 Jul).

Garis panduan itu bertujuan mewujudkan sekitaran yang lebih selamat bagi para pengawal keselamatan.

Dalam ucapannya di pelancaran garis panduan tersebut, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata sekitar 200 kecederaan dalam perusahaan keselamatan dan penyiasatan privet, dicatatkan setiap tahun.

Kecederaan seperti tergelincir, tersandung dan terjatuh meningkat dari sekitar 40 peratus kecederaan yang dicatatkan pada 2018 kepada 60 peratus pada tahun lalu.

Firma-firma industri keselamatan menyatakan garis panduan tersebut berguna kerana ia menyatakan dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan para pengawal keselamatan.

Turut dilancarkan hari ini adalah Pusat bagi Masa Depan Keselamatan yang bertujuan mengadakan perbincangan tentang penggunaan teknologi keselamatan dan reka semula pekerjaan untuk masa depan. 

- CNA/NF/tq

Top