Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan baru dilancar bantu agensi khidmat sosial percepat usaha pendigitalan

Sebuah Pelan Digital Industri Khidmat Sosial selama tiga tahun dilancarkan pada Rabu (14 Jul) untuk membantu mempercepat usaha pendigitalan agensi-agensi khidmat sosial (SSA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2021 08:47PM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 08:51PM

SINGAPURA: Agensi-agensi khidmat sosial (SSA) di sini akan mendapat sokongan untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan perkhidmatan masing-masing.

Sebuah Pelan Digital Industri Khidmat Sosial selama tiga tahun dilancarkan pada Rabu (14 Jul) untuk membantu mempercepat usaha pendigitalan.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata pelan tersebut boleh digunakan SSA untuk menilai kesediaan pertubuhan-pertubuhan tersebut dari segi digital dan mengenal pasti bidang-bidang tumpuan utama.

Agensi-agensi tersebut boleh memilih teknologi dan kemahiran yang mana satu untuk dimanfaatkan mengikut keperluan masing-masing.

Khususnya, ia akan membantu SSA mencapai matlamat mereka dalam tiga bidang iaitu membina asas digital yang kukuh, meningkatkan pengalaman pengguna menerusi peralatan digital dan mengukuhkan ekosistem digital sektor tersebut.

Ini termasuk aplikasi bersepadu yang baru bagi para pengguna khidmat menguruskan jadual, kemudahan serta peralatan.  

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan