Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan bagi galak amalan baik untuk lindungi data

Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) melancarkan satu garis panduan mengenai kebertanggungjawapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Garis panduan bagi galak amalan baik untuk lindungi data

Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam dibentuk menyusuli beberapa insiden berhubung data yang berlaku baru-baru ini. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 08:03PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 08:05PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) melancarkan satu garis panduan mengenai kebertanggungjawapan.

Ia bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi bertujuan menggalakkan pertubuhan-pertubuhan melaksanakan amalan-amalan baik bagi melindungi data.

"Kebertanggungjawapan adalah mengamalkan sikap bertanggungjawab ke atas data peribadi di bawah jagaan anda dan bertanggungjawab kepada orang-orang yang sudahpun mengamanahkan data peribadi mereka kepada anda.

"Pertubuhan yang menunjukkan kebertanggungjawaban akan memberi rakan perniagaan mereka jaminan yang lebih tinggi serta mengukuhkan kepercayaan bersama pelanggan," kata Encik Tan Kiat How, Pesuruhjaya PDPC.

Garis panduan tersebut menekankan pentingnya bertanggungjawab dalam menguruskan data peribadi.

Ia termasuk menubuhkan sebuah pasukan yang boleh menyelia perlindungan data dalam syarikat, memupuk budaya yang betul dan melaksanakan dasar serta amalan yang diperlukan.

Misalnya, menghantar peringatan bagi memastikan kakitangan sedar tentang tanggungjawab mereka bagi melindungi data. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan