Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis kerakyatan, kaum dan agama makin buruk akibat COVID-19

Garisan-garisan pemisah berdasarkan kerakyatan, kaum dan agama menjadi semakin buruk akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 May 2020 07:23PM Dikemas Kini : 30 May 2020 10:53PM

SINGAPURA: Garisan-garisan pemisah berdasarkan kerakyatan, kaum dan agama menjadi semakin buruk akibat pandemik COVID-19.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu berkata demikian di satu dialog mengenai kaum melibatkan lebih 100 peserta. Dialog tersebut anjuran OnePeople.sg dan Roses of Peace.

Cik Fu berkongsi satu contoh di mana ada warga tempatan yang menyeru supaya warga asing dihantar pulang ke negara asal mereka.

Ini selepas tersebar foto-foto di media sosial, menunjukkan orang ramai berkumpul di Robertson Quay tanpa mematuhi langkah-langkah jarak selamat.

Mengulas soal isu ini, Cik Fu percaya orang ramai kecewa dan gelisah dengan kehidupan mereka sekarang. Ini sebaliknya memberi tekanan kepada garisan sosial.

Beliau turut menyentuh tentang garis pemisah antara golongan mewah dan miskin yang berupaya menyebabkan kesan berat sebelah.

Sungguhpun demikian, Cik Fu menyeru agar orang ramai menyokong satu sama lain dan membina sebuah masyarakat yang bersatu.

"Kita mesti sedar bahawa virus tidak bersifat perkauman. Manusialah yang begitu.

"Kita secara kolektif bertanggungjawab menyatukan ikatan sosial Singapura. Ia bermula dengan sehelai benang, iaitu individu. Individu-individu yang menyatukan orang dari pelbagai kepercayaan, boleh membina sebuah masyarakat," ujar Cik Fu. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan