Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gara-gara sangkar burung 'sangat kotor', pemilik kedai burung 81 tahun didenda S$2,000

Seorang pemilik kedai burung berusia 81 tahun didenda S$2,000 kerana melanggar syarat-syarat berhubung lesen kedai haiwan peliharaan. Ini setelah sangkar-sangkar burung di kedai tersebut ditemui dengan sisa makanan dan najis burung.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara sangkar burung 'sangat kotor', pemilik kedai burung 81 tahun didenda S$2,000

(Gamba: Google Street View)

Diterbitkan : 21 Mar 2019 11:45AM Dikemas Kini : 21 Mar 2019 11:53AM

SINGAPURA: Seorang pemilik kedai burung berusia 81 tahun didenda S$2,000 kerana melanggar syarat-syarat berhubung lesen kedai haiwan peliharaan.

Ini setelah sangkar-sangkar burung di kedai tersebut ditemui dengan sisa makanan dan najis burung.

Pemeriksaan rutin yang dijalankan secara mengejut ke atas Kedai Burung Lee Ah Leng pada 27 Jun tahun lalu mendapati dua sangkar burung di kedai tersebut dalam "keadaan yang sangat kotor", menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dalam kenyataan medianya hari ini (21 Mac).

Kedai tersebut terletak di Sims Avenue.

AVA menambah bahawa pemilik lesen tersebut, Lee Chwee Leong melanggar syarat-syarat lesen kedai haiwan peliharaan setelah "gagal memastikan sangkar-sangkar burung sentiasa dalam keadaan bersih dan kering".

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$5,000.

"Sedang AVA terus memastikan langkah-langkah kawal selia dilaksanakan dan dikuatkuasakan, orang ramai boleh memainkan peranan dengan memastikan kedai-kedai haiwan peliharaan mematuhi piawai yang ditetapkan," menurut AVA lagi.

Orang ramai juga boleh membuat aduan terhadap kedai-kedai haiwan peliharaan yang melanggar peraturan AVA melalui talian 1800-476-1600.

Sumber : CNA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan