Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gara-gara listeria, permintaan tembikai wangi jatuh mendadak

Permintaan bagi tembikai wangi di Singapura merosot dengan ketara menyusuli penularan jangkitan listeria di Australia baru-baru ini, dengan sesetengah pembekal melaporkan penjualan yang merosot antara 50 hingga 90 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara listeria, permintaan tembikai wangi jatuh mendadak

Gambar: Joe Raedle/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 09:19AM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 09:22AM

SINGAPURA: Permintaan bagi tembikai wangi di Singapura merosot dengan ketara menyusuli penularan jangkitan listeria di Australia baru-baru ini, dengan sesetengah pembekal melaporkan penjualan yang merosot antara 50 hingga 90 peratus.

Empat pembekal buah-buahan yang ditemui Mediacorp berkata bahawa permintaan yang sangat berkurangan dilaporkan selepas buah tembikai wangi yang dijual di Singapura dipercayai terjejas dan ditarik balik oleh Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Menurut Cik Theresa Fong, pengarah FS Fruity, penjualan menjunam 90 peratus. Beliau menganggarkan bahawa sebelum ini, sekitar 60 karton dijualnya setiap minggu sebelum AVA menarik balik tembikai wangi. Buat masa ini, Cik Fong hanya mampu menjual dua tembikai wangi seminggu.

Cik Fong selanjutnya berkata bahawa meskipun terdapat tembikai wangi dari Indonesia dan Jepun, tembikai wangi dari Australia, pengeksport utama buah tersebut, menjadi pilihan ramai rakyat Singapura kerana rasanya.

"Para pelanggan masih bimbang. Ramai yang masih tidak membeli (buah tembikai wangi)," katanya.

Tujuh orang meninggal dunia dan seorang lagi mengalami keguguran antara 17 Januari dengan 6 April disebabkan wabak itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa dua pesakit di Singapura dijangkiti sejenis listeria yang serupa dengan penularan di Australia yang dikaitkan dengan tembikai wangi. Salah seorang pesakit sudahpun pulih manakala seorang lagi meninggal dunia. Namun, bukan disebabkan jangkitan listeria, menurut kementerian itu.

PERLU MASA UNTUK UBAH MINDA

MOH turut menekankan bahawa "Tiada risiko lanjutan terhadap kesihatan awam menyusuli penularan wabak dari Australia itu kerana risiko-risiko sudah diatasi selepas konsainan yang terjejas ditarik balik pada Mac 2018."

Namun, pekedai Kian Seng Yong Import & Export Kelifu Sea berpendapat bahawa ia akan mengambil masa lebih sebulan sebelum para pelanggan membel isemula tembikai wangi.

Buat masa ini, beliau hanya menjual kurang 50 karton seminggu, kurang separuh daripada 100 karton yang dijual sebelum ini.

Encik Tan Yong Xiang, seorang pembekal Ever-Shine pula berkata bahawa meskipun beliau pernah menjual 10 hingga 20 karton seminggu, beliau belum lagi dapat menjual sebarang tembikai wangi pada bulan ini.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan