Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gara-gara dimalukan, remaja rakam gambar, video bogel sepupu

Seorang remaja 19 tahun mengaku bersalah hari ini (1 Ogos) kerana memuat naik gambar dan video-video bogel sepupunya ke laman Tumblr.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara dimalukan, remaja rakam gambar, video bogel sepupu

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 01 Aug 2018 08:44PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 08:46PM

SINGAPURA: Seorang remaja 19 tahun mengaku bersalah hari ini (1 Ogos) kerana memuat naik gambar dan video-video bogel sepupunya ke laman Tumblr.

Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa, secara senyap-senyap merakam sepupunya sedang mandi dalam bilik air rumahnya.

Menurut Mahkamah, tertuduh marah dengan mangsa pada sekitar Disember 2016, kerana percaya beliau memperlekehkan dan memalukannya di depan keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Dia memutuskan untuk merakam dan memuat naik gambar serta video-video remaja 17 tahun itu dalam keadaan bogel, kerana "dia inginkan mangsa merasakan bagaimana dia rasakan".

Tertuduh memuat turun aplikasi penderia gerakan dalam telefon bimbitnya yang mengaktifkan kamera sebaik sahaja pergerakan dikesan. Dia juga melanggani satu versi lebih baik aplikasi tersebut, yang membolehkannya merakam dengan definisi tinggi.

Pada 18 Jun 2017, tertuduh berkunjung ke rumah sepupunya lalu meletakkan telefon bimbitnya di sebuah kompartmen di bawah tingkap bilik air di dapur, dengan kameranya dihadapkan ke atas. Dia kemudian mengaktifkan aplikasi yang dimuat turun.

Selepas mandi, mangsa menemui telefon bimbit berkenaan. Tanpa mengesyaki bahawa tertuduh sudah merakam gambar dan videonya, beliau memulangkan telefon bimbit itu kepada sepupunya.

Beberapa bulan kemudian, pada 3 September 2017, tertuduh memuat naik lapan gambar dan dua video sepupunya ke laman Tumblr.com, dengan niat untuk memalukannya. Tidak setakat itu sahaja, tertuduh turut menulis nama mangsa dan sekolahnya dalam kapsyen video-video yang dimuat naik.

Keseluruhannya, dia memuat naik sekurang-kurangnya tiga video bogel dan 10 gambar bogel sepupunya di beberapa platform online setakat sehingga September 2017.

MANGSA DAPAT TAHU TENTANG RAKAMAN MELALUI SNAPCHAT

Mangsa mendapat tahu tentang gambar dan video-video berkenaan pada 12 September tahun lalu, apabila seseorang yang tidak beliau kenali cuba berkenalan dengannya melalui Snapchat. Informan itu berkata bahawa beliau menemui akaunnya selepas menggunakan laman 'Google' dengan nama dalam kapsyen video yang ditonton.

Mangsa membuat aduan polis pada keesokan harinya. Apabila beliau menyedari bahawa video itu dirakam dari rumahnya, beliau teringat tentang telefon bimbit yang beliau terjumpa dalam bilik air.

Abang mangsa bertemu empat mata dengan tertuduh, yang mengaku bahawa dia memuat naik rakaman itu ke platform-platform online. Tertuduh kemudian menghapuskan gambar-gambar dan menutup akaun-akaun online miliknya.

Hari ini (1 Ogos), tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menghina kehormatan seorang wanita dan mengedarkan bahan lucah.

Hakim Daerah Eddy Tham meminta laporan akhlak tertuduh dan menangguhkan perbicaraan kes kepada 29 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan