Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan tailong: 3 remaja ditangkap, coret grafiti

Tiga remaja berusia antara 15 dengan 18 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan gangguan tailong, menurut polis hari ini (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan tailong: 3 remaja ditangkap, coret grafiti

Gambar fail AFP.

Diterbitkan : 02 Apr 2018 03:20PM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 03:22PM

SINGAPURA: Tiga remaja berusia antara 15 dengan 18 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan gangguan tailong, menurut polis hari ini (2 Apr).

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kes tersebut semalam (1 Apr) selepas sebuah tembok di kawasan tangga di Woodlands Drive 62 didapati dicoret dengan grafiti yang ada kaitan tailong.

Seorang penduduk berjaya menahan suspek yang berusia 15 tahun sementara para pegawai polis pula memberkas lagi dua suspek yang melarikan diri, 15 dan 18 tahun beberapa minit kemudian.

Polis menyatakan berdasarkan siasatan, suspek-suspek tersebut terbabit dalam beberapa kes gangguan tailong lain di merata Singapura.

Suspek yang berusia 18 tahun itu juga dipercayai membuka akaun bank dan memberikan kad ATM serta nombor PIN kepada sindiket tailong untuk memudahkan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen mereka.

Ketiga-tiga suspek akan dihadapkan di mahkamah esok (3 Apr).

Sekiranya sabit kesalahan melakukan gangguan tailong, pesalah kali pertama boleh didenda antara S$5,000 hingga S$50,000 dan boleh dipenjara hingga lima tahun serta dirotan antara tiga dan enam kali.

Pesalah kali pertama yang didapati bersalah menjalankan pinjaman wang tanpa lesen ataupun kegiatan itu boleh didenda antara S$30,000 dan S$300,000, dipenjara hingga empat tahun dan boleh disebat hingga enam kali.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan