Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gangguan khidmat gentian disebabkan oleh masalah peralatan rangkaian: StarHub

 StarHub mengalami beberapa isu dengan khidmat Internetnya pada Rabu (15 Apr), sedang para pelanggan menyuarakan kemarahan di media sosial dan mengadu tentang masalah gangguan khidmat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan khidmat gentian disebabkan oleh masalah peralatan rangkaian: StarHub

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 15 Apr 2020 03:03PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 03:13PM

SINGAPURA: StarHub mengalami beberapa isu dengan khidmat Internetnya pada Rabu (15 Apr), sedang para pelanggan menyuarakan kemarahan di media sosial dan mengadu tentang masalah gangguan khidmat.

Dalam satu jawapan kepada Mediacorp, StarHub menyatakan bahawa khidmat gentian kepada beberapa pelanggan di kawasan Utara dan Timur-Laut terjejas buat sementara pada Rabu pagi untuk sekitar 20 minit, kerana masalah peralatan rangkaian.

Khidmat-khidmat terjejas disambung semula secara bertahap-tahap selepas peralatan sokongan mengambil alih, kata StarHub yang juga meminta maaf kepada para pelanggan di atas kesulitan yang berlaku.

Para pelanggan StarHub dinasihati untuk melakukan but semula pada modem dan penghala (router) mereka untuk menyambung semula perhubungan data mereka.

Gangguan itu bermula pada sekitar 11 pagi, menurut catatan media sosial di Twitter dan laman Facebook StarHub.

Laporan pengguna di laman Down Detector menyatakan bahawa isu itu kelihatannya menjejas para pelanggan di berbilang lokasi.

Satu peta gangguan di laman Down Detector menunjukkan masalah pada rangkaian Starhub pada 15 Apr, 2020. 

Sumber : Today/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan