Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gan Kim Yong lakukan lawatan rasmi 4 hari ke AS

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan berada di Amerika Syarikat dari Rabu (6 Okt) hingga Sabtu sebagai sebahagian daripada satu lawatan rasmi, umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gan Kim Yong lakukan lawatan rasmi 4 hari ke AS

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menghadiri mejar bundar bersama Naib Presiden AS Kamala Harris di Taman di Pesisir di Singapura pada 24 Ogos 2021. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 01:08PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 01:11PM

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan berada di Amerika Syarikat dari Rabu (6 Okt) hingga Sabtu sebagai sebahagian daripada satu lawatan rasmi, umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura.

"Lawatan itu menegaskan lagi hubungan kukuh dan yang sudah terjalin sejak sekian lama antara Singapura dengan AS," menurut MTI dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Di Washington DC, Encik Gan akan bertemu dengan para pegawai kanan pemerintah AS termasuk Setiauasaha Perniagaan AS Gina Raimondo dan Wakil Perdagangan AS Katherine Tai.

"Mereka dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai peluang untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala dan mempromosikan lebih banyak aliran perdagangan serta pelaburan melalui kerjasama baru dan yang sedia ada," menurut MTI.

Encik Gan juga akan bertemu dengan syarikat-syarikat perniagaan AS dan Singapura, tambahnya.

Di Washington DC, beliau akan bertemu dengan masyarakat perniagaan AS dalam acara pendampingan yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan AS dan Majlis Perniagaan AS-ASEAN.

Di New York, beliau akan bertemu dengan syarikat-syarikat Singapura yang beroperasi di AS sebagai sebahagian daripada meja bundar tertutup, dianjurkan oleh Enterprise Singapore.

AS adalah rakan kongsi perdagangan utama Singapura dalam perkhidmatan, rakan perdagangan ketiga terbesar dalam barang-barangan serta pelabur langsung asing yang terbesar dengan stok pelaburan bernilai S$428 bilion pada 2019, menurut MTI.

Singapura pula adalah rakan kongsi perdagangan terbesar AS di Asia dan pelabur Asia kedua terbesar di negara itu. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan