Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gan Kim Yong kekal pengerusi bersama pasukan bertindak COVID-19

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong akan terus mempengerusikan pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 setelah beliau beralih ke Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pada 15 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Gan Kim Yong kekal pengerusi bersama pasukan bertindak COVID-19

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, yang juga AP GRC Chua Chu Kang. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 May 2021 05:42PM Dikemas Kini : 11 May 2021 05:43PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Gan Kim Yong akan terus mempengerusikan pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 setelah beliau beralih ke Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pada 15 Mei.

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung akan mengambil alih portfolio Kementerian Kesihatan (MOH).

Encik Gan akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi bersama pasukan bertindak COVID-19 bersama Encik Ong dan Menteri Pendidikan Lawrence Wong.

Menyusuli rombakan kabinet yang dilakukan baru-baru ini, Encik Wong akan mengambil alih sebagai Menteri Kewangan manakala Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan melepaskan jawatan itu.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran akan menggantikan Encik Ong sebagai Menteri Pengangkutan manakala Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing akan menggantikan Encik Wong sebagai Menteri Pendidikan.

"Saya akan menyerahkan Kementerian Kesihatan kepada menteri Ong Ye Kung tidak lama lagi. Namun saya akan terus mempengerusikan bersama pasukan bertindak berbilang kementerian dengan menteri Lawrence Wong dan menteri Ong," kata Encik Gan di Parlimen pada Selasa (11 Mei).

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anggota pasukan bertindak atas sokongan mereka yang telah membolehkan kita melaksanakan tindak balas seluruh pemerintah terhadap pandemik."

Encik Gan sudah memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama hampir sedekad.

Memberi respons kepada kenyataan menterinya, Anggota Parlimen Sylvia Lim (WP-Aljunied) berkata: "Saya, juga rasakan nostalgia kerana ini mungkin kali terakhir saya berpeluang mengajukan soalan berkaitan kesihatan kepadanya selepas 10 tahun lalu. Jadi kami merasakan perkara yang sama dalam erti kata itu."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan