Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gan Kim Yong jamin sokongan untuk pesakit HIV yang terjejas oleh pembocoran data

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong memohon maaf pada Isnin (28 Jan) selepas maklumat sulit 14,200 orang positif-HIV dibocorkan online.

Anggaran Waktu Membaca:
Gan Kim Yong jamin sokongan untuk pesakit HIV yang terjejas oleh pembocoran data

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong bercakap kepada media pada 28 Jan susuli pengumuman tentang pembocoran data.

Diterbitkan : 28 Jan 2019 10:42PM Dikemas Kini : 28 Jan 2019 10:44PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Gan Kim Yong memohon maaf pada Isnin (28 Jan) selepas maklumat sulit 14,200 orang positif-HIV dibocorkan online.

Maklumat sensitif yang dibocorkan termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan hasil ujian HIV, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media.

Rekod-rekod berkenaan berada dalam tangan Mikhy K Farrera Brochez, seorang warga Amerika yang diusir dari Singapura pada April lalu selepas disabit kesalahan menipu dan dadah. Dia dijatuhi hukuman penjara selama 28 bulan.

Teman lelakinya, seorang doktor Singapura bernama Ler Teck Siang, mempunyai akses kepada daftar HIV.

"Saya memohon maaf di atas tindakan bekas kakitangan kami yang mempunyai kebenaran mengakses maklumat sulit dalam daftar HIV kami, namun kelihatannya tidak mematuhi garis panduan keselamatan," kata Encik Gan.

"Kami sedang bekerjasama dengan polis dan entiti-entiti lain untuk melumpuhkan akses kepada data tersebut secara online sejak 25 Jan dan kami sedang terus memantau keadaan. Kami memandang serius isu ini."

Encik Gan menambah, kes terhadap Ler kini dalam bidang kuasa mahkamah.

"Kami tidak akan tergesa-gesa mengambil tindakan tergas terhadap kakitangan kami yang melanggar garis panduan keselamatan, menyalahgunakan kuasa atau akses kepada maklumat," katanya kepada pihak media.

Rekod yang dibocorkan itu milik 5,400 rakyat Singapura yang didiagnos dengan HIV sehingga Jan 2013 serta 8,800 warga asing - termasuk pemohon dan pemegang pas kerja - yang didiagnos dengan HIV sehingga Dis 2011.

Kementerian itu sudah secara bertahap-tahap menghubungi mereka yang terjejas sejak Sabtu, kata Encik Gan, sambil menambah bahawa satu talian dibuka bagi mereka untuk meminta bantuan.

"Para kaunselor kami bersedia untuk membantu mereka dan memberi sokongan tambahan jika perlu," jelas Encik Gan. "Keutamaan kami adalah kebajikan para pesakit. Kami akan menghulurkan apa sahaja bantuan dan sokongan untuk mereka."

Dalam pada itu, Encik Gan turut memberi jaminan bahawa kementeriannya akan terus memperkukuh dan menyemak sistemnya bagi memastikan ia selamat.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan